Sekiranya anda melihat...mendengar... dan merasai kehadirannya... Itulah.. "PENA AGENOZ BERBISIK"...

USAH BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI 'PERSEPSI'



Sunday, March 28, 2010

AKU HIDUP UNTUK...DIRI SENDIRI

SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI MELAYARI BLOG INI... (SIBUK KENDALI BLOG LAIN)

KINI PAB KEMBALI UNTUK MERUNGKAI ISU YANG TELAH DIJANJIKAN DULU.

TERIMA KASIH KEPADA SELEMPANG MERAH 69 KERANA SUDI MENGHULURKAN SALAM PERSAHABATAN DIANTARA KITA.

MENGENAI ISU HARI INI. PAB INGIN BERITAHU ANDA SEMUA... SEMUA ORANG (TERUTAMANYA BERAGAMA ISLAM) WAJIB... DIULANGI...WAJIB HIDUP KERANA ALLAH & RASUL. DIRI SENDIRI. KELUARGA. AGAMA & BANGSA.

TAPI ISU YANG PAB TAMPILKAN INI UNTUK MERUNGKAIKAN TENTANG EMPAT (4) GOLONGAN YANG TERMASUK DALAM KUMPULAN 'AKU HIDUP UNTUK...DIRI SENDIRI' YANG SEMAKIN BERCAMBAH

KERANA

PERMAINAN PERSEPSI

OLEH YANG DEMIKIAN, PABSENARAIKAN EMPAT (4) GOLONGAN TERSEBUT...

GOLONGAN PERTAMA :
MEREKA BERKATA 'ITU ENGKAU PUNYA HAL.. HAL ENGKAU..HAL ENGKAU.. HAL AKU..HAL AKU' @ KUBUR ENGKAU...KUBUR ENGKAU..KUBUR AKU.. AKU PUNYA PASALLAH'
ALASAN : SETIAP MANUSIA BERHAK MENENTUKAN APA YANG DI MAHU DAN APA YANG DIA ENGGAN... ORANG LAIN TAK BERHAK UNTUK MENCAMPURINYA.

GOLONGAN KEDUA :
MEREKA BERKATA 'CAKAP BOLEHLAH..ENGKAU TAK HADAPINYA BOLEHLAH ENGKAU CAKAP.. MASALAHNYA AKU YANG RASA..BUKAN ENGKAU'
ALASAN : TIADA ORANG LAIN YANG BOLEH FAHAM DIRI KITA MELAINKAN KITE SENDIRI.

GOLONGAN KETIGA :
MEREKA BERKATA 'ENGKAU SIAPA NAK TEGUR AKU.. DIRI SENDIRI PUN TAK BETUL.. NAK TEGUR ORANG LAIN"
ALASAN : MERASAKAN DIRI SENDIRI LEBIH BAIK. LEBIH BETUL DAN LEBIH BAGUS DARI ORANG LAIN.

GOLONGAN KEEMPAT :
MEREKA BERKATA 'ENGKAU NIE BUKAN NAK BANTU SELESAIKAN MASALAH...TAMBAHKAN LAGI SAKIT HATI AKU ADALAH'
ALASAN : MERASAKAN ORANG LAIN INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN KAT KITA

SO... ANDA DALAM GOLONGAN MANA.

KESIMPULAN:
 INDIVIDU & GOLONGAN DI ATAS SEMAKIN BERCANBAH BAGAIKAN CENDAWAN. KEHADIRAN MEREKA BAGAIKAN ENAU DALAM BELUKAR. MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING DAN APABILA DITAHAP KRITIKAL BOLEH MENJADI SESEORANG YANG 'BALING BATU SEMBUNYI TANGAN'.

HAHKIKATNYA, GOLONGAN TERSEBUT DIPANGGIL KUMPULAN TEGAR 'PRO-PERSEPSI'...

MEMO :
KEHADIRAN PAB BUKAN UNTUK MENGUBAT ATAU MENUKAR ORANG LAIN UNTUK MENJADI HEBAT
TETAPI...
UNTUK MENUETRALKAN PERSEPSI ANDA AGAR TIDAK TERSADUNG DILELANGI BETTA.

WASSALAM
SAYONARA...

AKAN DATANG : KUPASAN ISU 'AKU HIDUP UNTUK...ORANG LAIN'

Wednesday, March 17, 2010

AKU HIDUP UNTUK... Fasa 2


AKU HIDUP UNTUK....
1) DIRI SENDIRI
2) ORANG LAIN
3) MASA DEPAN

Mana pilihan anda? Renung-renungkan...

Sayonara...

(Akan datang :  AKU HIDUP UNTUK... Fasa 3 dibawah tajuk 'Aku Hidup Untuk Diri Sendiri)

Sunday, March 14, 2010

AKU HIDUP UNTUK.... Fasa 1 (Tanya diri masing-masing)


Resolusi...Impian
Pisang Panas, Pisang Panas... (Hot..Hot)

Si Anu berangan-angan nak jadi kaya kononnya
Pun menuntut ilmu niaga
Seputar alam di pasar haram
Cogankata idealisma
Panji budaya autopia
Semangat gah demi materialisma
Kepala runsing memutar modal
Sepanjang kail yang sejengkal (panas)
Baru untung sejuta
Tanah sekangkang kera
Pusaka Pak Tua pula menjadi catur dan mangsa
Idea serta skim gilanya
Tanpa usul periksa
Salahkan tuan
Tak sekolah
Tak belajar Ugama

Bukan senang mahu senang
Tapi bukan susah mahu susah
Ada wang hati senang
Hati senang adanya wang

Kecik-kecik tak mahu kojol
Sudah besar kasi orang tonjol
Hidup mahu pakai wang
Mati lagi kena pakai wang (panas)

Telan mati emak, nak ludah mati bapak
Cakap salah
Tak cakap pun salah
Serba salah

Tahi kambing bulat-bulat
Hidup serupa ulat
Terjerat di dalam batu
Tak senang duduk dan tak senang berdiri
Mandi bunga air jampi
Minta rezeki

Dalam laut penuh jerung
Ikan bilis masih mampu harung
Ada otak boleh jadi taukeh
Jadi taukeh kalau ada otak

Nyamuk seberang sungai ternampak
Itu kan bohong dan merepek
Dunia dalam banyak cerita
Jangan buang dalam jamban

Jangan suka ambil mudah
Nanti kan tergadai maruah
Adat gelap lawannya terang-terang
Selepas terang mesti gelap-gelap

Harimau mati tinggalkan belang
Jangan kita tinggalkan hutang
Susahkan anak dan janda muda
Nak cari bapak
Nak cari suami

Kita kawan-kawan
Tak mahu lawan

Steadylah beb…


Sayonara....


(Akan Datang :  AKU HIDUP UNTUK... Fasa 2)

Thursday, March 11, 2010

'AKU ISTIMEWA'



BISMILLAH... DENGAN NAMA ALLAH
HIRRAHMAN NIRRAHIM... YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG


"KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARIPADA PATI (YANG BERASAL DARI TANAH).
KEMUDIAN KAMI JADIAKAN SETITIS AIR BENIH PADA PENETAPAN YANG KUKUH.
KEMUDIAN MANI ITU KAMI JADIKAN SEBUKU DARAH BEKU.
LALU KAMI CIPTAKAN DARAH BEKU ITU MENJADI SEKETUL DAGING.
KEMUDIAN KAMI JADIKAN SEKETUL DAGING ITU MENJADI SEBERAPA TULANG,
KEMUDIAN KAMI BALUTKAN TULANG ITU DENGAN DAGING.
SETELAH SEMPURNA KEJADIAN ITU KAMI BENTUK DIA MENJADI MAKHLUK YANG LAIN SIFAT KEADAANNYA.
MAKA NYATALAH KELEBIHAN DAN KETINGGIAN ALLAH SEBAIK-BAIK PENCIPTA"

Lihatlah...
Betapa HEBAT kejadian kita disisi Allah S.W.T

Kita menang dalam pertarungan merebut rahim serta meninggalkan adik beradik kita yang lain (pertaungan hidup mati hampir 50 juta sperma)...

Kita menang dalam pertarungan hidup dan mati (semasa ibu bersalin)

Kita menang dalam asuhan kasih sayang ibunda dan ayahanda...

Kita menang dalam pertarungan memilih pasangan hidup...

Kita menang dalam pertarungan penyambung legasi...

Kita menang dalam melihat kelahiran baru daripada kemenangan kita...

Kita menang dan terus menang...

TETAPI MENGAPA MASIH ADA LAGI DIANTARA KITA YANG MENGELUH DALAM GELUMANG MENCARI SEHIRUP NAFAS KEHIDUPAN...

TETAPI MENGAPA MASIH LAGI DIANTARA KITA YANG MENCIPTA PERTARUNGAN UNTUK MEMBUNUH JIWA YANG LAIN (PEMBUNUHAN JIWA DAN KAREKTOR)...

TETAPI MENGAPA MASIH LAGI DIANTARA KITA YANG TIDAK BERSYUKUR DAN SEBALIKNYA TERUS MENGHUKUM...

BUKANKAH KITA MENANG DALAM SEGALA HAL...

RENUNG-RENUNGKANLAH

Sayonara....

 

Bila PENA AGENOZ BERBISIK...

SEANDAINYA MELIHAT... MENDENGAR... DAN MERASAI KEHADIRANNYA... ITULAH 'PENA AGENOZ BERBISIK'... USAH BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI PERSEPSI...

1001 tahun takkan mungkin...
Kini PAB hadir dengan satu kelahiran baru dengan misi dan visi yang berbeza...

Kehadiranku bersebab dan bermaksud....
Setelah sekian lama PAB perhatikan ragam para blogger di laman sesawang....
PAB melihat ada diantara blogger yang setiasa mencipta dan diselubungi persepsi yang tak kesudahan....(persepsi yang tersirat namun membunuh karektor pelbagai individu sama ada dengan niat atau tanpa sedari)

Kini PAB hadir untuk menuetralkan persepsi itu...
Agar kita sama-sama beringat dan berfikir...
Hidup ini bagaikan roda... Bila diatas usah gayat dan mengarut...
Bila dibawah usah tersadung dan kecundang...

PAB harap kehadiran kali ini  dengan kelahiran baru ini dapat memaksudkan lagi kebenaran dan hakikat bahawa kehidupan kita ini mesti ada hukum dan batasnya... Jangan jadikan laman sesawang ini sebagai pemangkin cauvanis dan paradoks.

Sayonara....