Sekiranya anda melihat...mendengar... dan merasai kehadirannya... Itulah.. "PENA AGENOZ BERBISIK"...

USAH BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI 'PERSEPSI'



Thursday, April 29, 2010

ISU WARGA FELDA

KELAHIRAN PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN (ANAK)
SALAH SIAPA?


PAB RASA TERPANGGIL UNTUK MEMBANGKITKAN ISU PENUBUHAN PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN (ANAK).

SEBAGAI ANAK PENEROKA DI WILAYAH SEGAMAT, JOHOR. PAB SEDIH DENGAN PENUBUHAN PERSATUAN INI. PAB BERPENDAPAT PERTUBUHAN INI MENGHANCURKAN KEHARMONIAN WARGA FELDA YANG BEGITU BANYAK JASANYA KEPADA ORANG MELAYU.

SEBELUM PAB NAK MENGULAS PANJANG TENTANG PERSATUAN ANAK NIE. DISINI PAB NAK MENGENENGAHKAN 3 FAKTOR MENGAPA PERTUBUHAN PERSATUAN ANAK PERNEROKA FELDA KEBANGSAAN INI BERLAKU :


FAKTOR AGENSI PELAKSANA  (FELDA)
FELDA TELAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA DENGAN SEBAIK MUNGKIN. TETAPI DENGAN KEWUJUDAN FELDA PLANTATION SDN BHD (ANAK SYARIKAT FELDA) TELAH MENGUBAH NASIB WARGA FELDA SECARA KESELURUHANNYA.  ASALNYA PENUBUHAN FELDA PLANTATION SDN BHD ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENINGKATKAN PEMBANGUNAN HASIL WARGA FELDA TETAPI KINI DISALAHGUNAKAN DI SEBAHAGIAN GUGUSAN FELDA.

ISU PENYELEWENGAN PEMBAYARAN HASIL KELAPA SAWIT, ISU KEBUN YANG TIDAK DISELENGGARA, ISU PENYELEWENGAN KUTIPAN HASIL SAWIT DAN ISU HASIL SAWIT YANG TIDAK DIPETIK DIJADIKAN PLATFORM SEKUMPULAN WARGA FELDA TERUTAMANYA GENERASI KEDUA FELDA UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN MENUBUHKAN PERSATUAN ANAK INI (SEDANGKAN DARI DULU MEREKA MEMANG BENCIKAN FELDA)

ADUAN WARGA FELDA TERHADAP ISU-ISU DIATAS HANYA DIPANDANG REMEH OLEH KAKITANGAN FELDA (KERANA MENDAPAT MAKLUM BALAS YANG TELAH DIPUTAR BELIT OLEH FELDA PLANTATION). ATAS FAKTOR ITULAH PERSATUAN ANAK BEGITU AKTIF INI MENJALAR DI GUGUSAN FELDA UNTUK MENGHASUT WARGA FELDA AGAR MEMBENCI FELDA DAN KERAJAAN KHUSUSNYA.

ITU BELUM LAGI NAK BANGKITKAN ISU PERUMAHAN GENERASI KEDUA DAN KETIGA FELDA YANG MASIH TERGANTUNG DAN BERTEKA-TEKI SEHINGGAN KINI,  ISU PENYELEWENGAN KAKITANGAN FELDA (KERJANYA ASYIK MAKAN TIDO, MELANCONG, MENGHABISKAN DANA PENEROKA) DAN BANYAK ISU YANG MNGGUGAT WARGA FELDA HARI INI. KELEMAHAN PEJABAT FELDA MENEYELESAIKAN PERMASALAHAN INI DENGAN SEGERA DI SEBAHAGIAN GUGUSAN FELDA PASTI AKAN MENJAYAKAN LAGI NIAT JAHAT PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN (ANAK) INI.


FAKTOR SUARA BELIA FELDA
SEBELUM PENSTRUKTURAN FELDA YANG DIANJURKAN OLEH DATO SERI NAJIB SEBELUM INI, KUMPULAN BELIA BEGITU AKTIF MENYUMBANGKAN IDEA-IDEA UNTUK MEMBANGUNKAN GENERASI FELDA. MAJLIS BELIA FELDA PADA MASA ITU AKTIF MENGANJURKAN AKTIVITI BELIA, KEMASYARAKATAN, SUKAN DAN REKREASI DI SETIAP GUGUSAN FELDA. PAB MASIH INGAT PADA MASA DAHULU DIWUJUDKAN LIGA BOLASEPAK FELDA YANG MELIBATKAN SELURUH GUGUSAN FELDA. SELEPAS PENUBUHAN KELAB BOLASEPAK FELDA. SEMUNYA BAGAIKAN BERKUBUR (DAHLAH SKUAD FELDA NIE BYK PERMAIN BUKAN WARGA FELDA) DAN KINI.... HANYA TINGGAL KENANGAN.

 ITU BELUM ISU HARI PENEROKA YANG DAH LAMA BERKUBUR DI SEBAHAGIAN GUGUSAN FELDA LAGI DAN ISU-ISU BELIA FELDA YANG LAIN.

HMM... BUKANKAH SEPATUTNYA BILA PENSTRUKTURAN BARU DILAKUKAN PERSATUAN YANG PRO-FELDA LEBIH AKTIF DARIPADA DULU... PASTI ADA YANG TAK KENA NIE DALAM MAJLIS BELIA FELDA. HARAP DIRUNGKAIKAN PERMASALAHAN ITU SEGERA.

ISU GENERASI BELIA FELDA YANG BERMINAT MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN TELAH DIMATIKAN HASRAT MEREKA OLEH KAKITANGAN PEJABAT FELDA SENDIRI (MUNGKIN TIADA MINDA PERNIAGAAN) JUGA MENJADI FAKTOR PENUBUHAN PERSATUAN ANAK INI. KESANNYA KUMPULAN INI MEMBERONTAK DENGAN MENDAPATKAN KHIDMAT PERSATUAN ANAK UNTUK MENCAPAI HASRAT MEREKA DAN ADA YANG MEMBAWA DIRI UNTUK MENCARI MAKAN DI LUAR FELDA (DIMANA FUNGSINYA MAJLIS BELIA FELDA)KESEMPATAN INI DIGUNAKAN SEPENUHNYA OLEH  PERSATUAN ANAK TELAH UNTUK MENGHASUT MEREKA AGAR MEMBENCI FELDA. JELAS JARUM MEREKA MENJADI. KELEMAHAN MAJLIS BELIA FELDA  DI SEBAHAGIAN TEMPAT GUGUSAN FELDA DEGUNAKAN SEPENUHNYA OLEH PERSATUAN ANAK UNTUK MEMPERLUASKAN PENGARUH MEREKA. KESANNYA KELIHATAN SEKARANG APABILA KURANGNYA AKTIVITI BELIA DI GUGUSAN FELDA.



FAKTOR POLITIK KEPARTIAN YANG DANGKAL
SEMUA ORANG TAHU BAHAWA PERSATUAN ANAK DIBAYANGI OLEH POLITIK PEMBANGKANG. SEBELUM INI WARGA FELDA TANPA MENGIRA IDEALOGI BOLEH DUDUK SEMEJA DI KEDAI KOPI SAMBIL BERMAIN DAM HAJI DAN BOLEH BERGURAU SAMBIL PEKENA TEH TARIK DAN ROTI CANAI. NAMUN KEMASUKAN POLITIK DANGKAL OLEH PR MELALUI PERSATUAN ANAK TELAH MENGUBAH SEGALANYA. ADA DIANTARA MEREKA YG DULU MERUPAKAN SAHABAT BERMAIN GASING KINI SUDAH TIDAK BERTEGUR SAPA. ADA YANG LEBIH TERUK DARI ITU BERTUMBUK KERANA UNTUK MEMPERTAHANKAN IDEALOGI PARTI MASING2. KESANNYA BANYAK KEDAI KOPI YANG TERPAKSA DITUTUP KERANA KEKURANGAN PELANGGAN DAN BANYAK AKTIVITI KEMASYARAKATAN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN KERANA WARGA FELDA SUDAH BERPECAH BELAH. FAKTOR INILAH YANG MEMBAWA RESEPI KEJAYAAN KEPADA PERSATUAN ANAK. JELAS PERSATUAN ANAK BERJAYA MEMECAHBELAHKAN WARGA FELDA. 


KESIMPULANNYA...
DENGAN TERTUBUHNYA PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN (ANAK ) INI.
SALAH SIAPA?

SALAH FELDA LAGI KER SETELAH BANYAK JASA DIBERIKAN KEPADA WARGA FELDA.

SALAH MAJLIS BELIA FELDA LAGI KER KERANA KETIDAK AKTIFAN MEREKA DISEBAHAGIAN GUGUSAN FELDA

ATAU SALAH PARTI POLITIK YANG DANGKAL SERTA TIDAK HABIS-HABIS MAHU MEMBUNUH JIWA WARGA FELDA UNTUK MEMBENCI FELDA,



ADAKAH KITA SEBAGAI GENERASI FELDA HANYA TUNGGU DAN LIHAT UNTUK MELIHAT KEHANCURAN YANG BERLAKU DIDEPAN MATA KITA SENDIRI SEDANGKAN PERSATUAN ANAK INI BERMAHARAJALELA MEMBUAT ONAR DI GUGUSAN FELDA KITA. SEDARLAH WAHAI PENEROKA DAN GENERASI FELDA. SEBENARNYA MEREKA INI BUKANLAH PEJUANG DAN HARAPAN BARU UNTUK WARGA FELDA KERANA MEREKA BUKANLAH WARGA FELDA YANG SEJATI. SEBALIKNYA IALAH PENGKHIANAT WARGA FELDA.

HARAPAN PAB
PEJABAT FELDA, FELDA PLANTATION SDN BHD & MAJLIS BELIA FELDA DAPAT MENYELESAIKAN ISU-ISU WARGA FELDA DENGAN SEGERA. KETIADAAN 'ACTION MODE' DAN PENYELESAIAAN YANG KONFREHENSIF DARI KUMPULAN DI ATAS AKAN MEMUDAHKAN PERSATUAN ANAK MEMASANG JARUM KEJAHATAN MEREKA KEPADA GENERASI FELDA.

FIKIR-FIKIRKANLAH...

JANJI PAB AKAN MEMASTIKAN PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN (ANAK) INI TIDAK SEWENANG-WENANGNYA MEMBUAT ONAR DI BUMI FELDA KITA YANG TERCINTA INI DAN PAB BERJANJI AKAN MEMASTIKAN PERJUANGAN MEREKA AKAN BERKUBUR MENJADI ABU. PAB AKAN BERJUANG DENGAN SEGALA KHUDRAT DAN KEIZINAN DARI-NYA

SEMOGA MAJLIS BELIA FELDA MENYOKONG PERJUANGAN PAB DEMI WARGA FELDA, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. JGN ASYIK TIDUR JER. SILA PANTAU ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PERSATUAN ANAK DI http://anak-anakfelda.blogspot.com/

HIDUP FELDA

ISU POLITIK PRK094 (2)

ZAID LAILAILIKANTOI SAMAN KEMENANGAN BN PRK094.
SIAPA SEBENARNYA YANG TIDAK MENGHORMATI DEMOKRASI!!



MAAF PAB BERBISIK...

PAB PANAS HATI APABILA MENDAPAT TAHU ZAID LAILAILIKANTOI SAMAN KEMENANGAN BN DI PRK094 HULU SELANGOR DENGAN ALASAN BN RASUAH PENGUNDI.

PERSOALANNYA... SIAPA YANG RASUAH SIAPA NIE.

SBG MANTAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN), PAB TERASA PELIK DENGAN DAKWAAN ZAID LAILAILIKANTOI. ADA KER DIA KATA BN RASUAH PENGUNDI DARI SEGI :

1. PEMBERIAN PAMPASAN RM 50,000 KPD BEKAS PENEROKA FELDA SG BUAYA
2. PEMBERIAN RM3 JUTA KPD SRJK(C) RASA
3. JANJI DATO SERI NAJIB YANG KONONNYA HAMPIR RM100 JUTA KPD RAKYAT HULU SELANGOR DSB

ITU BUKAN RASUAH LAH NGOK... ITU FARDU KIFAYAH... TUE LAH ORANG SURUH NGAJI YANG DEMO MINUM TODI...BUAT APA.. TUE YANG PENING SEMACAM

DAH KERAJAAN NEGERI YG SEPATUTNYA MENYELESAIKAN MASALAH PENDUDUK HULU SELANGOR ASYIK TIDO JER... ASYIK BALUN DUIT RAKYAT... BINA PUSAT URUT..PUSAT PELACURAN BAGAIKAN CENDAWAN (NAK COVER SI GRO ELLI), SOKONG ISU ARAK DAN BAGI ALASAN MCM2 PASAL KILANG CARLSBERG YANG KONONNYA AKAN DITUTUP KALAU PAS MEMERINTAH (JANJI DR. HASSAN ALI) DSB.

SEBAB TUELAH KERAJAAN PERSEKUTUAN YG DIPERINTAH BN TUNAIKAN FARDU KIFAYAH UNTUK RAKYAT (SEBAB PM SEDIH TGK NASIB RAKYAT BUKANNYA MENGGULA-GULAKAN RAKYAT UNTUK UNDI BN) BUKTINYA... PENGUNDI CINA SOKONG PKR MCM BN TAK BUAT APA (MAKLUMLAHH PERUT MASIH LAPAR LAGI). PENGUNDI PAS KHAWARIJ YANG HIPOKRIT  LAGI PENIPU TEGAR MASIH UNDI ZAID LAILAILIKANTOI (WALAUPUN TAHU PERIBADI ZAID MCM MANA).

ADAKAH DEMO LUPA... APA YANG PKR BUAT SEMASA KEMPEN PRK 094 YANG LALU SPT :

1. BG ELAUN UTK WARGA EMAS, IBU TUNGGAL DAN PELAJAR MISKIN (MASA PERINTAH NEGERI TERLUPAKER ADA GOLONGAN NIE KT HULU SELANGOR).

2. JANJI NK BAWA KES FELDA SG BUAYA KE MAHKAMAH (BILA PM DAH SETTLE BARU NK SIBUK2 BAWA KES... APA KES)

3. BAGI KELULUSAN GERAN TANAH MASA KEMPEN PRK094 (RASUAH PALING BESAR DGN ALASAN UTK  KEBAJIKAN RAKYAT)

4. GUNA KEMUDAHAN AWAM SBG PUSAT KEMPEN (DULU SALAHKAN BN... KINI PR PAKAI TAK SLAAH PULA)

5. BANYAK LAGILAH... MALAS NK SEBUT BYK (TAKUT KHALID GAGAP BERTAMBAH GAGAP NANTI)

APA TUE BUKAN RASUAHKER... ITU DAH TAK DIPANGGIL FARDU KIFAYAH.. BAK KATA ORG TUA "DAH LAMBAT..." SEBAB PAKATAN HARAM HANYA JANJI MASA KEMPEN PRK094. ALLAH S.W.T DAH BAGI PELUANG MEMERINTAH... TAPI PAKATAN HARAM TAK TUNAIKAN LAGI JANJI2 RAKYAT. HMMMM... KALAU TAK DER PRK094... JGN HARAP PAKATAN HARAM AKAN TUNAIKAN 'RASUAH-RASUAH' TUE. 

PESANAN BUAT ZAID LAILAILIKANTOI DAN PAKATAN HARAM.
DEMO INGAT 23,275 YANG UNDI DEMO TUE BENAR-BENAR SOKONG DEMO KER. MEREKA BUKAN SUKO SGT KT PR TAPI MASIH MARAH LAGI KT MIC DAN MR. G PALANIVEL.  DEMO TERLUPA  GAK, PENGUNDI MELAYU (UMNO KHUSUSNYA) TAK TURUN MENGUNDI SBB MASIH MERAJUK. KALAU TAK KALAH TERUK DEMO KT SANA (SUMBER DR MEMBER2 PAB YG TINGGAL DI HULU SELANGOR)

SO... BERTAUBATLAH ZAID LAILAIKANTOI SEBELUM ALLAH S.W.T BAGI DEMO HUKUMAN 'CASH & CARRY' YG SETIMPAL.

P/S  PAB :
INGAT LAGI TOK GURU AMBO PERINGAT KT SEMUA MURID MASA NGAJI DI SEKOLAH AGAMA DULU. MINUM ARAK SETITIK = 44 HARI AMALAN TAK DITERIMA. DAH DEMO ZAID LAILAILIKANTOI MINUM BERAPA TITIK. SI PENGKHIANAT AGAMA PAS (PARTI ALA SYIAH) TOLONG JAWAB!!!

ISU PERKHIDMATAN AWAM 2

PERHATIAN KEPADA KAKITANGAN AWAM. KALIAN WAJIB TAHU HAK ANDA.

SEBAGAI INFO TERBARU UNTUK ANDA. PAB LAMPIRKAN SATU INFO YANG BERGUNA YANG DIAMBIL DARI LAMAN BLOGGER 'PENGHUNI GUA'
[1995] 2 MLJ 533

Ketua Pengarah Jabatan Hasil Dalam Negeri, Malaysia & Anor v Aria Kumar & Anor

Case Details: Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) - CIVIL W - 01 - 5 - 94


Judges :
GOPAL SRI RAM JCA
SITI NORMA YAAKOB JCA
MAHADEV SHANKAR JCA

Date 17 JANUARY 1995

Citation [1995] 2 MLJ 533

Catchwords:
Public Servants - Dismissal - Procedure - Tax officer absent from work pending appeal against transfer - Tax department sent warning by AR registered letter - Letter not sent to correspondence address and returned undelivered - Whether could send letter without attempting to trace officer - Whether sending of letter an attempt to trace officer - Whether dismissal void - Public Officers (Conduct and Discipline) (Chapter ‘D’) General Orders 1980 orders 21(4), (5) & (6)

Bahasa Malaysia Summary:
Responden-responden, yang merupakan pegawai di Jabatan Hasil Dalam Negeri (‘jabatan itu’), telah ditukar dari pejabat di Kuala Lumpur ke pejabat di Kuala Terengganu tetapi telah membuat rayuan terhadap penukaran mereka. Sementara responden menanti keputusan rayuan mereka, jabatan itu telah menghantar surat berdafter AR kepada responden yang dialamatkan kepada alamat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan di dalam persuratan responden dengan jabatan itu yang menyatakan bahawa responden akan dipecat mengikut Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’) 1980 (‘Perintah Am tersebut’), jika mereka gagal melaporkan diri untuk bertugas dengan segera.
Surat tersebut telah dikembalikan tanpa dapat dihantar serah, dan jabatan itu kemudiannya menerbitkan suatu pemberitahuan yang mempunyai kesan yang serupa di dalam Warta. Responden kemudiannya telah dipecat kerana gagal melaporkan diri untuk bertugas. Walau bagaimanapun, mereka berjaya mendapatkan suatu deklarasi dari Mahkamah Tinggi bahawa pemecatan mereka itu adalah tidak sah, atas alasan bahawa jabatan itu telah gagal mematuhi perintah 21(5) Perintah Am tersebut yang menyatakan bahawa surat berdaftar AR hanya boleh dihantar jika seseorang pegawai tidak hadir dan tidak boleh dikesan. Di dalam kes ini, surat berdaftar AR tersebut telah dikembalikan kerana tidak dapat dihantar serah dan tidak dialamatkan ke alamat surat-menyurat responden. Jabatan itu telah membuat rayuan dengan berhujah bahawa perintah 21(5) telah dipatuhi, kerana tindakan menghantar surat berdaftar AR tersebut merupakan suatu percubaan untuk mengesan responden.


Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu
(Kakitangan Awam Menang Kes)

 
(1) Perintah 21(5) Perintah Am tersebut yang menyatakan bahawa surat berdaftar AR yang merupakan persediaan kepada pemberitahuan di dalam Warta hanya boleh dihantar apabila seseorang pegawai itu tidak hadir atau tidak boleh dikesan, merupakan suatu peruntukan mandatori.

(2) Perkataan ‘dikesan’ di dalam perintah 21(5) bermakna dijumpai, dicari secara penyiasatan, dipastikan, atau dicari. Pengesanan seseorang pegawai adalah suatu prasyarat kepada penghantaran surat berdaftar AR itu. Oleh yang demikian, jabatan itu mesti berpuas hati bahawa responden tidak dapat dikesan sebelum ia boleh menghantar surat berdaftar AR tersebut.

MEMO DARI PENGHUNI GUA :
Semoga paparan ini memberi mafaat kepada semua pembaca, kakitangan awam dan pelajar. Tq


p/s  PAB : 
1. Terima Kasih kpd 'PENGHUNI GUA' krn sudi berkongsi info dgn PAB
2. Kpd Kakitangan Awam, pesan PAB hanya satu. Kalian WAJIB tahu hak kalian sbg Kakitangan Awam utk mengelakkan menjadi mangsa birokrasi dan daripada 'hanya bercakap belakang berapi2... tapi terkedu mcm ayam pondan utk luahkan isi hati kalian'.  Fikir-Fikirkan...

Wednesday, April 28, 2010


SILIBUS IPT MALAYSIA  
VS  
KEHENDAK PASARAN KERJA

HARI NIE PAB NAK KUPASKAN MENGENAI ISU GRADUAN ATAU SISWAZAH MENGANGGUR. RAMAI DIANTARA MEREKA TUNDING MENUNDING MENYALAHKAN PIHAK LAIN DIATAS KEGAGALAN SISWAZAH MENDAPAT KERJA DI PASARAN PEKERJAAN. ANTARA ISU POKOKNYA IALAH KELEMAHAN SILIBUS AKADEMIK IPT DI MALAYSIA DAN 'DEMAND' YANG BERLEBIHAN OLEH PASARAN PEKERJAAN. BENARKAH BEGITU?
KITA DENGAR PENDAPAT-PENDAPAT DIBAWAH :

KATA KERAJAAN
KAMI TELAH MENYEDIAKAN PELBAGAI PROGRAM SEPERTI 3P (PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN) UNTUK MEMBANTU SISWAZAH MENDAPAT PELUANG DI PASARAN PEKERJAAN. SEKARANG TERPULANG KEPADA MEREKA MAHU MEMOHON  ATAU TIDAK. JGN SALAHKAN KERAJAAN, UNIVERSITI DAN PASARAN PEKERJAAN SEKIRA SISWAZAH ITU YANG TIDAK MENGUBAHNYA.

KATA UNIVERSITI
KITA TELAH MENYEDIAKAN SILIBUS AKADEMIK YANG TERBAIK UNTUK MEREKA (SISWAZAH). MALAHAN SILIBUS AKADEMIK KITA ANTARA YANG TERBAIK DI DUNIA. SEKIRANYA SISWAZAH MASIH MENGGANGGUR, ITU ADALAH KEHENDAK SISWAZAH TERSENDIRI. KAMI DI PIHAK UNIVERSITI SUDAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA. HARAPAN KITA PASARAN PEKERJAAN DAPAT MEMBERI PELUANG KEPADA MEREKA DAN JANGAN BANGKITKAN ISU KEKURANGAN PENGALAMAN DI KALANGAN SISWAZAH KITA KERANA JIKA TIDAK DIBERI PELUANG BAGAIMANA MAHU MENDAPAT PENGALAMAN.

KATA PASARAN PEKERJAAN
MEMANG BENAR KERAJAAN TELAH MENYEDIAKAN 'PLATFORM' TERBAIK UNTUK SISWAZAH MENDAPAT PELUANG DALAM PASARAN PEKERJAAN. TETAPI ADA SILIBUS-SILIBUS AKADEMIK DI IPT YANG TIDAK DAPAT MEMENUHI DAN TERPESONG JAUH DARI KEHENDAK PASARAN PEKERJAAN. DI PIHAK SISWAZAH PULA ADA YANG TIDAK MEMPUNYAI KEMAHIRAN YANG CUKUP WALAUPUN PIHAK UNIVERSITI TELAH MENYEDIAKAN SILIBUS AKADEMIK YANG TERBAIK UNTUK MEREKA. JGN SALAHKAN KAMI JIKA PERMOHONAN MEREKA DITOLAK. "UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI" 

KATA PENSYARAH
MASALAH SISWAZAH KITA ADALAH DISEBABKAN 'ATTITUDE' MEREKA YANG MASIH TAK BERUBAH DAN HANYA MENGHARAPKAN BANTUAN PENSYARAH SAHAJA. KAMI TELAH BERIKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA MENGUASAI SETIAP SILIBUS AKADEMIK YANG DIPELAJARI MALAHAN TURUT MEMBERI PENDEDAHAN SECARA INDUSTRI.

KATA SISWAZAH
KENAPA SEMUA KESALAHAN DILETAKKAN DI BAHU SISWAZAH. BUKANNYA KITA TIDAK BERUSAHA TETAPI KAMI KURANG MENDAPAT SOKONGAN DAN DORONGAN. KAMI INGIN BERSUARA DAN LAMPIRKAN BEBERAPA BENTUK 'PENINDASAN' YANG DILAKUKAN TERHADAP KAMI SEHINGGA MENYUKARKAN KAMI MENDAPAT PELUANG PEKERJAAN DI PASARAN PEKERJAAN SEPERTI BERIKUT :

DI PERINGKAT KERAJAAN :
MEMANG BENAR KERAJAAN TELAH MENYEDIAKAN PROGRAM PEKERJAAN KEPADA KAMI TETAPI HANYA GAH PADA NAMA. SEBALIKNYA DIPERINGKAT PEMANTAUAN DAN  'ACTION MODE' KAMI DIBIARKAN DALAM KEADAAN TERKONTANG KANTING. SELEPAS TAMAT PROGRAM TIADA KELANGSUNGAN SOKONGAN DAN DORONGAN KEPADA KAMI. MALAHAN KAMI DIPERLEKEHKAN TTG PENGALAMAN KAMI WALAUPUN TELAH MENGIKUTI PROGRAM KEMAHIRAN DAN INDUSTRI YANG DIANJURKAN OLEH KERAJAAN. ITU TAK CAMPUR LAGI MASALAH SILIBUS DI IPT DGN SILIBUS LATIHAN INDUSTRI DI PROGRAM KERAJAAN YANG AMAT BERBEZA.. KAMI TERSEPIT....

DIPERINGKAT UNVERSITI
KAMI BERTERIMA KASIH KEPADA UNIVERSITI KERANA MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK KAMI. TAPI MENGAPA SELEPAS KAMI TAMAT PENGAJIAN DI IPT, PIHAK UNIVERSITI BUAT KAMI MCM ORANG ASING. TIADA SOKONGAN, DORONGAN, MALAHAN ASYIK MENUNDING KELEMAHAN KAMI DAN MENDEDAHKAN KEPADA UMUM. KAMI TERSEPIT KERANA ADA SILIBUS YANG KAMI PELAJARI TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN INDUSTRI. BANTULAH KAMI. NIE TIDAK. BILA MEMERLUKAN KAMI (PROGRAM ALUMNI DAN DSB) BARU NAK PUJI MELAMBUNG2.

DIPERINGKAT PENSYARAH
TERIMA KASIH KEPADA PENSYARAH YANG MENDIDIK KAMI SEHINGGA TAMAT PENGAJIAN. KAMI TIDAK MEMPERTIKAIKAN SUMBANGAN KALIAN TETAPI ADA SILIBUS-SILIBUS AKADEMIK YANG DIAJAR OLEH KALIAN TIDAK KAMI FAHAMI DENGAN SEBAIKNYA. SEBALIKNYA KAMI HANYA DISURUH MEMBUAT 'ASSIGNMENT' YANG BERLEBIHAN, MENGHADIRI KELAS SEMATA-MATA NAK CUKUPKAN KREDIT PENSYARAH (DIADAKAN KELAS MASA MUSIM PEPERIKSAAN) DAN HANYA SURUH KAMI MENCARI MAKLUMAT DAN JURNAL DI INTERNET TETAPI TAK TERANGKAN KEPADA KAMI KEPERLUANNYA. BILA KAMI IKUTI 'LATIHAN INDUSTRI', SEGALANYA DISERAHKAN BULAT2 KEPADA KAMI. SEDANGKAN KAMI MEMERLUKAN TUNJUK AJAR DAN DORONGAN KERANA KECETEKAN PENGALAMAN KAMI. ADA PULA PENYARAH YANG TERAMATLAH TEORI. MANA TAKNYA, ADA DIKALANGAN PENSYARAH YANG BARU LEPAS TAMAT PENGAJIAN MASTER DAN TIDAK ADA PENGALAMAN INDUSTRI. TETAPAI NAK AJAR KAMI TENTANG SILIBUS YANG KAIT MENGAIT DENGAN INDUSTRI. BILA PASARAN KERJA MENOLAK KAMI, SEMUANYA DITUNDINGKAN KELEMAHAN PADA KAMI DENGAN ALASAN YANG SAMA IAITU 'ATTITUDE...ATTITUDE..ATTITUDE"

DI PERINGKAT PASARAN PEKERJAAAN
BILA KAMI PINTA DIBERI PELUANG, KAMI DIBERIKAN 1001 ALASAN KONONNYA SILIBUS UNIVERSITI KAMI TIDAK MEMENUHI PASARAN PEKERJAAN, PENGALAMAN DIUTAMAKAN DAN PELBAGAI ALASAN LAIN. KALAU TAK BERI KAMI PELUANG MENCUBA BAGAIMANA NAK MENILAI KEBOLEHAN KAMI.. KALAU TAK DIBERI PELUANG BEKERJA BAGAIMANA KAMI NAK DAPATKAN PENGALAMAN.

SISWAZAH MENGANGGUR... SALAH SIAPA!!!

MASING-MASING MEMBERI ALASAN TERSENDIRI. WALAUPUN ISU INI BERBENTUK SUBJEKTIF, DIHARAPKAN ADA PIHAK-PIHAK YANG BERWAJIB UNTUK MENGENENGAHKAN PERMASALAHAN INI AGAR JALAN PENYELESAIAN DAPAT DIRUNGKAIKAN.

FIKIR-FIKIRKANLAH
WASALAM
SAYONARA... 

Tuesday, April 27, 2010

ISU POLITIK PRK094


SALAM UKHWAH DAN SALAM 1 MALAYSIA

HARI INI SEBELUM PAB MENGENENGAHKAN ISU MAHASISWA & PENDIDIKAN, ISU KEUSAHAWANAN DAN ISU WARGA FELDA... TETIBA JER DAPAT IDEA UNTUK RUNGKAIKAN MAKLUMAT YANG ADA BAGI MENGANALISIS KEPUTUSAN PRK094 HULU SELANGOR.

SEBELUM TUE... TAHNIAH KEPADA MR. KAMAL (HERO BARU MIC) DI ATAS KEMENANGAN ANDA. BUAT ZAID LAILAILIKANTOI... SORRY... AZMIN TGH GELAK SUPER GABAN DEK KEKALAHAN DEMO DI SANA. HA..HA...HA... TAK PER... DEMO BOLEH TANDING SEMULA KT SIBU... DEMO ROYAKLAH DAH LAMA DUDUK SIBU... MANA TAU ADA ORG SIBU YG PERCAYA TERUTAMANNYA SI SNAP TUE. HMM....

OKLAH..KITA MULAKAN ANALISIS PRK094 HULU SELANGOR.

LIMA (5) FAKTOR KENAPA BN (BUKAN BARANG NAIK... ITU MASA ZAMAN PAK LAH) MENANG DALAM KALAH DI PRK094 HULU SELANGOR :

FAKTOR PM. TPM. MANTAN PM & MR. KAMAL (HERO BARU 1 MALAYSIA)
1. BN MENANG KERANA KESUNGGUHAN PM. TPM DAN MANTAN PM (PAK LAH TAK TURUN SEKALI KER) TURUT BERKEMPEN DAN TURUN PADANG MERASAI DENYUTAN NADI RAKYAT HULU SELANGOR BAGI MEMBANTU MR. KAMAL DAN MEMUDAHKAN HERO MIC ITU UNTUK MEMENANGI HATI RAKYAT.
2.STRATEGI DATO SERI NAJIB MELETAKKAN CALON MIC - MR. KAMAL MEMBUAHKAN HASIL APABILA PERATUSAN UNDI MIC MENINGKAT (MAKSUDNYA PENGUNDI INDIA DIJADIKAN PENANDA ARAS KEMENANGAN BN DI SANA)

2. KAREKTOR MR. KAMAL YANG SEDERHANA DAN BERJIWA RAKYAT MENYENTUH PENGUNDI MELAYU ATAS PAGAR DAN SEBAHAGIAN PENGUNDI UMNO (YANG SEPARUH LAGI ASYIK NAK PROTES JER... UNDI TAK NAK) UNTUK MEMENANGKAN BN.


FAKTOR PENGUNDI MELAYU

1. PENGUNDI MELAYU PAS DAN PKR TAK UNDI BN SEBAB TERPAKSA (UTK COVER LINE... TERPAKSA TUTUP MATA MASA MENGUNDI ZAID LAILAILIKANTOI). MEREKA NIE BUKAN TAK SUKA MR. KAMAL TAPI TAKUT TAK DAPAT MASUK SYURGA PAS N.AJIS TERUTAMANYA GOLONGAN TUA. YERLAH DAH TUA-TUA NIE BILA BAB SYURGA NERAKA NIE BUKAN MAIN-MAIN. SO.. MEREKA TAKUTLAH NAK UNDI BN (DAH N.AJIS KATA UNDI BN TAK MASUK SYURGA). ITU YANG MEREKA UNDI ZAID LAILAILIKANTOI WALAUPUN DALAM HATI SUMPAH SERANAH SI ZAID TUE (DIA ORG TAK LUPA PENGHINAAN ZAID TERHADAP PAS KELANTAN TTG HUKUM HUDUD PAS)

2. RAMAI PENGUNDI UMNO TAK TURUN UNDI DAN UNDI PROTES (GAMAKNYA UNDI ROSAK MENCECAH 700++) SEBAB  BUKAN TAK SUKA MR. KAMAL. TAPI ORG UMNO NIE DEGIL TAK DENGOR KATA TAK MCM ORG PAS. KERANA ISTIQOMAH ORG PAS AMAT HEBAT SEHINGGA KEBURUKAN PEMIMPIN MEREKA ATAU PEMIMPIN PAKATAN HARAM, DIA BUAT TAK TAU JER... YANG PENTING BAGI MEREKA "ISLE". ITU YANG PAB KONFIUS NIE SEBAB "ISLE KER ATAU ISLAM". HIPOKRIT JUGA YER PENGUNDI PAS NIE. TAPI SI PENGUNDI UMNO TUE PULA TAK RETI-RETI KER NAK BERUBAH. KEK GI BILA UMNO KALAH SALAHKAN PEMIMPIN SEDANGKAN PEMIMPIN ATASAN DAH BUAT ITU DAN INI UNTUK JAGA HAK MEREKA (ADA OTAK PANDAI. ADA AKAL PAKAI. ADA BIJAK GADAI). NIELAH PERANGAI ORANG MELAYU. TAK SERIK-SERIK.


FAKTOR SAMY VELLU & MR. G (PALANIVEL)

1. PENGUNDI UMNO TAK MENGUNDI DAN PROTES MEMANJANG SERTA TAK SOKONG CALON MIC IALAH DISEBABKAN  MEREKA BIMBANG KALAU BAGI UNDI MAJORITI YANG BESAR GEDABAK KPD MR. KAMAL & MIC. SI TUA SAMY TUE TARIK BALIK NK LETAK JAWATAN PRESIDEN MIC. NANTI DIA KATA "ITU BUDAK KAMAL MENANG SEBAB SAYA BAGI KERUSI KT DIA...SO ORG INDIA MASIH SUKA SAMA SAYA... KALAU CAM TUE... TAK JADILAH MAU BERENTI... MAU JADIKAN MIC SAYA PUNYA HARTA SAMPAI MATI...OK KALUUU". TUE YANG MR. G PALANIVEL BYK SENYAP MASA PRK094 NIE. NK SOKONG LEBIH2 KT MR. KAMAL TAKUT SI TUA SAMY TUE TAK LETAK JAWATAN. KALAU NAK SWING MR. KAMAL HINGGA KALAH. NANTI DATO SERI NAJIB SWING DIA PULA BILA DIA PIMPIN MIC NANTI  (SERBA SALAH PALANIVEL MASA TUE).

2. SAMY VELLU KENA UCAP TERIMA KASIH SERTA BELANJA MAKAN CAPATTI DAN TOSAI KPD PARTI INDIA DAN 1/2 INDIA (SEBAB PRESIDEN DIA ORG INDIA, PENYOKONGNYA 1 MALAYSIA) YANG LAIN SPT PPP. IPF. MIUP. MAKKAL SAKTI. KIMMA YANG TURUT MEMBANTU KEMENANGAN CALON MIC/BN (WALAUPUN SI TUA SAMY BENCI SAMA DEPA). SO.. LEPAS NIE  PAB HARAP MR. G PALANIVEL BILA JADI PRESIDEN MIC JGN HALANG PARTI INDIA LAIN BERKOLABORASI DENGAN BN. KALAU TAK U SAMA SI TUA SAMY SAME JER.


FAKTOR PENGUNDI CINA

1. PENGUNDI CINA BUKANNYA BENCI MCA. GERAKAN & BN. DAN BUKANLAH SUKA SANGAT  DENGAN DAP TAPI MEREKA TAK NAMPAK LAGI KOMPONEN PARTI CINA DALAM BN BOLEH MEMBAWA SUARA MEREKA. TAMBAHAN PERGOLAKAN MCA BARU SEDIKIT REDA DAN GERAKAN PULA ASYIK BERKOKOK SAHAJA TAPI EKOR SENDIRI TERPALIT NAJIS.

2. FAKTOR TEE KEAT JUGA MEMAINKAN PERANAN. INGAT!!! TEE KEAT TUE WAKIL  TUNGGAL CINA  SELANGOR  DI PARLIMEN. SO MEREKA MASIH TAK DAPAT MENERIMA KEKALAHAN TEE KEAT KEPADA SOI LEK. TUE YANG SOI LEK BERI PERINGATAN KPD PEMIMPIN MCA UTK BERUBAH ATAU REBAH.

3. SI SABUNG AYAM MCA SPT TIONG LAI & KA SIONG TETIBA JER JADI AYAM PONDAN DI PRK094. TAK BERSUARA MALAHAN TIADA PENDEDAHAN MEDIA DIBERIKAN MEREKA UNTUK MEMENANGKAN CALON BN. MUNGKIN MEREKA SEDAR PENGUNDI CINA DI SELANGOR MASIH MARAHKAN MEREKA KERANA MENJATUHKAN TEE KEAT SBG PRESIDEN MCA.

4. PENGUNDI CINA TAK HAIRAN KISAH SILAM ZAID SEBAB TUE MEREKA BOLEH TERIMA SI GRO ELI. YANG PENTING POKET MASUK. INGAT PEPATAH SINIS PEMIMPIN KITA TERDAHULU "ORANG CINA KALAU PERUT KENYANG.. TUTUP MATA PUN TETAP UNDI BN". SI ZAID LAILAILIKANTOI DAH SUMBAT MULUT MEREKA DENGAN DUIT MANAKALA MR. KAMAL HANYA JANJI MULUT, MESTILAH MEREKA UNDI SI ZAID TUE. PASAL PERUNTUKAN 3 JUTA UTK SRJK (C) RASA TUE DAH JADI TANGGUNGJAWAB KERAJAAN PUSAT. ITULAH ALASAN PENGUNDI CINA. TAPI NAPER SEKARANG KERJAAN PUSAT PENUHI PERMINTAAN MEREKA. DAH WAKIL RAKYAT PKR ASYIK TIDUR DAN MALU NAK POHON DENGAN KERAJAAN PUSAT (MAKLUMLAH ALLAHYARHAM MP DULUKAN MURTAD DARI UMNO). TUE YG TAK DER PEMBANGANGUNAN LANGSUNG. TAPI MENGAPA MEREKA MASIH MENGUNDI PKR? SEBAB MEREKA MASIH MARAH DENGAN MR. G PALANIVEL LAGI SEMASA JADI MP DULU DAN MEREKA RASA ITU MEMANG HAK MEREKA YANG KONONNYA DIRAMPAS OLEH KERAJAAN PUSAT.

5. LAGI SATU FAKTOR PENGUNDI CINA MENGUNDI ZAID LAILAILIKANTOI TUE SEBAB SI ANWAR ARTARTUK, SI NIZAR KOMUNIS MALAHAN SI ZAID LAILAILIKANTOI TUE DAH UGUT PENGUNDI CINA KONONNYA SI PERKASA TUE RASIS DAN BARUA UMNO. PENGUNDI CINA NIE BILA SEBUT PASAL HAK MEREKA, LANGSUNG TAK INGAT APA YG BN BAGI MEREKA DULU. TAPI YANG HAIRANNYA BOLEH PULA DIA ORG DUDUK SEMEJA DENGAN PARTI ALA SYIAH YANG KONONNYA MEMPERJUANGKAN HUDUD. HMM... NAMPAK SGT BN KENA MAIN DENGAN PENGUNDI CINA.


FAKTOR ZAID LAILAILIKANTOI

1.  STRATEGI  ANWAR ARTARTUK MEMPERTARUHKAN ZAID LAILAILIKANTOI  HAMPIR BERJAYA KERANA ZAID DISUKAI OLEH PENGUNDI CINA KERANA BERSETUJU DENGAN KUMPULAN ARTIKEL 11, ANTI DEB DAN PRO-IFC WALAUPUN MENYEDARI SI ZAID LAILAILIKANTOI TUE ADA MASALAH PERIBADI DISEBABKAN PRONSIP "FREETHINKERNYA" ITU. INI TERBUKTI DENGAN PERATUSAN YANG MENINGKAT DIKALANGAN PENGUNDI CINA YANG MENYOKONG PKR PADA PRK094 YANG LALU.

2. STRATEGI ANWAR ARTARTUK MEMPERTARUHKAN ZAID LAILAILIKANTOI TUE JUGA BAGI MEMESONG PERANG SARAF BN DENGAN HARAPAN BN MENFOKUSKAN SERANGAN PERIBADI KEPADA SI ZAID TUE DAN TIDAK MENFOKUSKAN KELEMAHAN PENTADBIRAN PR DI SELANGOR. TERNYATA MEDIA SEDIA ADA TERMASUK JARUM ANWAR ARTARTUK SEHINGGA TERLUPA MENGENENGAHKAN BANYAK ISU BERBANGKIT DI SELANGOR SEPERTI MASALAH PAS & DAP, PERTUMBUHAN INDUSTRI PELACURAN, RUMAH URUT DAN ARAK DI ZAMAN PR, MASALAH AIR DAN PERUMAHAN RAKYAT. JANJI KEPADA KUMPULAN BELIA, SISWAZAH, IBU TUNGGAL DAN WARGA EMAS YANG TAK TERLAKSANA, PERSELISIHAN D.R. HASSAN ALI DAN KHALID GEREJA &  ISU KELUCAHAN ELI. TURUT KURANG DIDEDAHKAN KEGILAAN KHALID GAGAP TTG ISU YBK, UiTM SERENDAH, ROMPAKAN DUIT RAKYAT OLEH MAKCIK ROZIDAH PET POT PET POT DAN SEKUTUNYA DAN BYK LAGI. BUKANNYA TAK DER LANGSUNG PENDEDAHAN TETAPI TERLALU PERLAHAN DAN PASIF.

3. STRATEGI ANWAR ARTARTUK MENAMPILKAN ZAID LAILAILIKANTOI SBG CALON PKR MENYEBABKAN RAMAI AHLI PKR KELUAR PARTI DAN SERTAI UMNO. STRATEGI ANWAR ARTARTUK BERKESAN KERANA DIA TAHU PASTI UMNO AKAN SAKAN MERAIKANNYA. OLEH YANG DEMIKIAN JENTERA UMNO/BN AKAN LEKA MELUPAKAN ATAU BUAT SAMBIL LEWA MELAKSANAKAN SETIAP  STRATEGI PERANG SARAF BN.  BUKTINYA MEDIA TERLALU ASYIK MENGELUARKAN ISU AHLI PKR KELUAR PARTI DARIPADA MENGENENGAHKAN MASALAH RAKYAT DI BAWAH KEPIMPINAN REGIM PR. LUPAKER ANWAR PENASIHAT EKONOMI SELANGOR. DENGAN MEMESONGKAN ISU MAKA ANWAR ARTARTUK TERSELAMAT DISALAHKAN OLEH PENGUNDI HULU SELANGOR DI ATAS KEJATUHAN EKONOMI DI SELANGOR.

4. PEMIMPIN UMNO SIBUK JOIN SEKAKI KUTUK SI ZAID LAILAILIKANTOI. BIARLAH BLOGGER PRO-BN DAN ANTI-PR BUAT KERJA UNTUK HENTAM ZAID. YANG KORANG SIBUK APA KES... KORANG TERUSKAN STRATEGI BN SEPERTIMANA YANG DIRANCANGKAN. ISI SIBUK NAK JADI HERO. KALAU TAK DER BLOGGER MCM KITA ORANG NIE MUNGKIN KEPUTUSAN PRK094 AKAN SEBALIKNYA. MANA TAKNYER... BLOGGER JASA DAN UMNO KUAT TIDUR. KALAU CAM TUE BAIK BAGI DANA KPD BLOGGER YANG  BUAT KERJA UNTUK MENUMBANGKAN PR. INGAT!!! JGN TERLALU TERLENA DAN MENYERAHKAN TUGASAN KPD PARA BLOGGER PRO-BN SAHAJA.. LE NIE BLOGGER MASIH SOKONG BN... KALAU BLOGGER PRO-BN BERPATAH ARANG MACAM MANA. SO... BN WAJIB BERTERIMA KASIH KPD BLOGGER PRO-BN DAN ANTI-PR. BUATLAH SESUATU UNTUK BANTU DANA PARA BLOGGER YANG SIANG MALAM BERTUGAS MEMBANTU CALON BN.

OK... SEKIAN SAHAJALAH ANALISIS PRK094 DARI PAB (MUNGKIN BOLEH MEMBANTU POST-MOTERM BN NANTI)

INGAT UNTUK SELAMANYA...
"PAKATAN PR" BUKAN HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA
TETAPI
TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT-SAHABAT LAMAKU DI HULU SELANGOR DAN SELURUH SELANGOR YANG MEMBANTU PAB MENDAPATKAN SUMBER-SUMBER DAN ANALISIS PRK094  UNTUK DILAMPIRKAN DI BLOG INI.

MEMO :

MEMBER2 PAB NIE DULU PENYOKONG TEGAR KEADILAN SEJAK 1998 DULU.. KINI JADI PEMERHATI  BEBAS... YANG MANA BAGUS UNTUK RAKYAT DIORANG SOKONG... BAGUSLAH DARIPADA JADI ORG PAS DAN PKR... BUTA HATI BUTA WARNA TAK NAMPAK MANA KACA MANA PERMATA.

SEORANG LAGI MEMBER PAB KT ULU YAM TUE YG MERUPAKAN PENYOKONG TEGAR PAS. PAB BERHARAP AGAR BERFIKIR DENGAN KEWARASAN AKAL UNTUK MASA DEPAN GENERASI KITA DAN AKAN DATANG UNTUK KEMBALI MENYOKONG BN. INGAT!!! PAS TAK AKAN MAMPU MENANG DI SELANGOR KESEORANGAN. HARAPAN KORANG NK TENGOK DR. HASSAN ALI JADI MB SELANGOR DAH BERKUBUR KERNA DI SWING JANJI MANIS PKR.

FIKIR-FIKIRKANLAH

WASSALAM
SAYONARA....

Monday, April 26, 2010

ISU PERKHIDMATAN AWAM

PAB TERTARIK DENGAN SATU PAPARAN YANG DIKELUARKAN OLEH 'PENGHUNI GUA' YANG PASTINYA MEMBERI MANFAAT KEPADA KAKITANGAN AWAM... KALIAN WAJIB BACA!!!
[1995] 1 MLJ 353

Palaniappan VS Universiti Pertanian Malaysia

Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) -
CIVIL SUIT NO
S4–22–137–1992

Judges VISU SINNADURAI J

Date 17 JANUARY 1995

Citation [1995] 1 MLJ 353



Catchwords:
Civil Procedure - Amendment - Effect of amendment - Whether addition of new cause of action which is statute-barred - Whether leave should be given - Wide discretion of courts - Factors to be considered - Proper test to be applied - Rules of the High Court 1980 O 20 r 5(5)


Civil Procedure - Limitation  - Amendment of pleadings - Addition of new cause of action - Whether court can grant leave even where new relief or remedy is sought - Rules of the High Court 1980 O 20 r 5(5)


Bahasa Malaysia Summary:
Plaintif telah digaji oleh defendan, Universiti Pertanian Malaysia, pada Januari 1963. Pada 9 Januari 1986, berikutan daripada satu siasatan domestik, plaintif telah dipecat oleh defendan. Plaintif telah memulakan tindakan terhadap defendan dan memohon, antara lainnya, satu deklarasi bahawa pemecatan itu adalah tanpa alasan atau sebab yang adil. Defendan telah memfailkan pembelaan mereka dan kemudiannya plaintif telah cuba meminda writ saman dan pernyataan tuntutannya. Defendan telah membantah.

Selepas satu siri permohonan untuk membuat pindaan dan penarikan balik permohonan itu, plaintif akhirnya membuat satu permohonan yang keempat untuk membuat pindaan pada 27 Mei 1994 supaya menambahkan penegasan bahawa pemecatannya itu adalah salah dan untuk menyertakan permohonan untuk gantirugi am dan khas bagi pemecatan salah dan/atau pengembalian semula. Defendan sekali lagi membantah terhadap pindaan yang dicadangkan itu atas alasan bahawa kesan pindaan itu adalah untuk menambahkan suatu kausa tindakan yang baru yang dilarang oleh had masa. Memandangkan bantahan defendan, mahkamah oleh itu terpaksa memutuskan sama ada kebenaran patut diberikan kepada plaintif untuk membuat pindaan untuk mengemukakan kausa tindakan baru yang didakwa itu selepas had masa yang ditetapkan telah tamat.

Diputuskan:
Diputuskan, meluluskan permohonan plaintif itu
(Kakitangan Awam Menang Kes)
(1) Mahkamah mempunyai budi bicara yang luas sama ada atau tidak membenarkan suatu pindaan. Ujian yang betul yang seharusnya digunakan bukanlah sama ada pindaan itu akan mengakibatkan ketidakadilan kepada pihak yang satu lagi, tetapi sama ada dalam keadaan kes, adalah adil untuk memberikan kebenaran. Dalam menggunakan budi bicara itu, mahkamah mesti mengimbangkan kemudaratan yang akan dialami oleh kedua-dua pihak jika pindaan itu dibenarkan atau tidak. Secara amnya, mahkamah sedia memberi kebenaran untuk meminda sebelum perbicaraan, asalkan permohonan itu dibuat dengan ikhlas dan dalam tempoh yang munasabah dan asalkan ketidakadilan yang dikenakan ke atas pihak lawan boleh dipampaskan dengan kos.


(2) Di dalam kes ini, kebenaran diberikan kepada plaintif untuk membuat pindaan yang dicadangkan itu kerana ianya bukan kausa tindakan yang baru yang dihalang oleh had masa. Pindaan tersebut tidak mengakibatkan ketidakadilan kepada defendan dan permohonan itu nampaknya telah dibuat dengan ikhlas.


(3) Aturan 20 k 5(5) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT’) memberikan budi bicara kepada mahkamah untuk membenarkan satu pindaan yang mengemukakan satu kausa tindakan yang baru selepas habisnya tempoh had masa yang relevan, asalkan kausa tindakan yang baru itu berbangkit daripada fakta-fakta yang sama atau sebahagian besarnya adalah fakta yang sama. Di bawah aturan ini, mahkamah juga mempunyai kuasa untuk memberikan kebenaran di mana plaintif memohon untuk menambahkan relief atau remedi yang baru.


(4) Di dalam kes ini, meskipun plaintif mengemukakan satu kausa tindakan yang baru, fakta-fakta yang baru itu adalah sebahagian besarnya sama dengan fakta-fakta asal yang telah dijadikan pli oleh plaintif. Tidaklah boleh dikatakan bahawa defendan telah diserang secara mengejut kerana ia memang sedar akan tindakan plaintif dari mula lagi.


(5) Jika pindaan itu tidak dibenarkan, plaintif akan kehilangan peluang mendapat tebus rugi. Ketidakadilan yang lebih teruk akan diakibatkan kepada plaintif jika pindaan itu tidak dibenarkan daripada ketidakadilan yang akan diakibatkan ke atas defendan jika pindaan itu dibenarkan. Oleh itu, kebenaran diberikan kepada plaintif untuk meminda plidingnya dan defendan diberikan masa untuk memfailkan pembelaannya yang dipinda, jika perlu.]


MEMO DARIPADA PENGHUNI GUA  :
Semoga paparan ini memberi manfaat kepada semua pembaca, kakitangan awam dan pelajar. Tq

PENGUMUMAN...

AKAN DATANG

ISU PERKHIDMATAN AWAM :
HAK KAKITANGAN AWAM... WAJIB TAHU?

ISU MAHASISWA & PENDIDIKAN :
SILIBUS IPT MALAYSIA   VS    KEHENDAK PASARAN KERJA
 
ISU KEUSAHAWANAN
MEGAPA SUKAR MENDAPATKAN PINJAMAN / DANA PERNIAGAAN?

ISU FELDA :
KENAPA WUJUD PERTUBUHAN ANAK... SALAH SIAPA?

ISU MAHASISWA & PENDIDIKAN

BENARKAH MAHASISWA KITA LESU?

PERSOALAN YANG AGAK MENARIK UNTUK DIPERKATAKAN.

DI SINI PAB AKAN MENGENENGAHKAN EMPAT (4) GOLONGAN MAHASISWA DI MALAYSIA BERKAITAN ISU MAHASISWA LESU

GOLONGAN PERTAMA :
MAHASISWA YANG HANYA MENGEJAR CGPA SEMATA-MATA TANPA MELIBATKAN DIRI DENGAN MANA-MANA AKTIVITI KO-KURIKULUM DI PERINGKAT UNIVERSITI.
ALASAN : CGPA MENJAMIN PELUANG UNTUK MENDAPAT KERJAYA YANG DIIMPIKAN
(WALAUPUN TERDAPAT STATISTIK YANG MENYATAKAN SEBAHAGIAN BESAR KEGAGALAN MAHASISWA MENDAPAT PEKERJAAAN BIARPUN MENDAPAT CGPA YANG TINGGI ADALAH KERANA TIADA KEMAHIRAN LAIN SEPERTI KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM)


GOLONGAN KEDUA :
MAHASISWA YANG HANYA MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA AKTIVITI KO-KURIKULUM AYAU MENUMPUKAN TUGASAN SEBAGAI MPP UNIVERSITI SEMATA-MATA 
ALASAN : MEREKA BERPENDAPAT BIARPUN MENDAPAT CGPA YANG SEKADAR MEMUASKAN MASIH BOLEH MENDAPAT ANUGERAH KECEMERLANGAN KERANA BANYAK JASANYA KEPADA UNIVERSITI 
(GOLONGAN 'OPORTUNIS' INI SEMAKIN RAMAI DI IPT SEKALIGUS MEWUJUDKAN BUDAYA PERSAINGAN YANG TIDAK SIHAT DI IPT)


GOLONGAN KETIGA :
MAHASISWA YANG ASALNYA AKTIF DALAM AKADEMIK DAN KO-KURIKULUM NAMUN BERHENTI DARI MENYERTAI AKTIVITI KO-KURIKULUM KERNANA MENJADI MANGSA BIROKRASI.
ALASAN : GOLONGAN INI BERPENDAPAT PIAWAIAN DAN MAKANISME YANG LEMAH DALAM PERSATUAN DAN KELAB (KO-KURIKULUM) SEHINGGA MENYEBABKAN MEREKA HANYA DIJADIKAN PAK TURUT DAN TIDAK DIBENARKAN UNTUK MEMBERI PENDAPAT DAN KRITIKAN.
(PERKARA INI SELALUNYA TERLEPAS PANDANG OLEH PIHAK HEPA UNIVERSITI KERANA MENDAPAT MAKLUMBALAS YANG KURANG TEPAT)


GOLONGAN KEEMPAT :
MAHASISWA INI HANYA MENUMPUKAN AKTIVITI KEPARTIAN, NGO DI UNIVERSITI SEHINGGAKAN ISU-ISU PENDIDIKAN JUGA DIPOLITIKKAN.
ALASAN : MEREKA MENDAPAT JAMINAN TIDAK AKAN DIKENAKAN TINDAKAN AUKU DAN AKAN MEMPEROLEHI APA YANG DIKEHENDAKI DILUAR KAMPUS
(GOLONGAN INI DIPANGGIL TUKANG KECOH YANG LANGSUNG TIDAK MEMPERDULIKAN HAK ORANG LAIN TETAPI IRONISNYA MEREKA MEMAKSA PULA ORANG LAIN MENGEMBALIKAN HAK MEREKA)


OLEH YANG DEMIKIAN. SIAPA YANG BERSALAH DALAM HAL INI. SALAH MAHASISWA... SALAH PIHAK UNIVERSITI ATAU SALAH PAK MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB..

JAWAPANNYA TERLETAK DI BAHU SEMUA PIHAK, SEBALIKNYA "KITA JGN HANYA MENGATAKAN ITU DAN INI SERTA MELETAKKAN KESEMUA KESALAHAN KEPADA MAHASISWA SEKIRANYA KITA SENDIRI TIDAK MENYOKONG DAN MENDORONG HANYA PANDAI MENGKRITIK DAN MENGADU-DOMBA... DI PIHAK MAHASISWA PULA JANGANLAH ASYIK NAK MENYALAHKAN SISTEM UNIVERSITI SEDANGKAN APABILA DIBERI PELUANG UNTUK MEMBERI PENDAPAT DAN KRITIKAN SEBALIKNYA MENYOROK DIBELAKANG BLOGGER, FACEBOOK DAN TWITTER"

FIKIR-FIKIRKAN..

WASSALAM
SAYONARA

PENGISTIHARAN RASMI...


DENGAN LAFAZ

PAB MENGISTIHARKAN AKAN BERJUANG BERSAMA PARA BLOGGER PRO-BN BERKUATKUASA HARI INI


SETELAH SEKIAN LAMA PAB BERTINDAK SEBAGAI PEMERHATI ISU-ISU POLITIK NEGARA, NUETRAL DAN BEBAS DARI MENYOKONG MANA-MANA PARTI POLITIK. DENGAN PENUH TAWADUK DAN KIFAYAH, PAB MENGISTIHARKAN AKAN MENYERTAI PARA BLOGGER PRO-BN UNTUK MENUETRALKAN PEMIKIRAN PARA PENYOKONG PR UNTUK KEMBALI 1 BARISAN, 1 NADA & 1 IMPIAN BERSAMA DATO SERI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK.

MULAI ESOK, PAB AKAN MENGENENGAHKAN TENTANG SIKAP PARTI PEMBANGKANG TERUTAMANYA DI NEGERI JOHOR (TEMPAT KELAHIRAN PAB) NEGERI SELANGOR (TEMPAT PENGAJIAN PAB) DAN NEGERI TERENGGANU (TEMPAT KERJAYA PAB) UNTUK MENYEDARKAN KEPADA KALIAN BAHAWA PR BUKANLAH PARTI YANG AKAN MEMBAWA HARAPAN YANG BARU KEPADA KITA RAKYAT MALAYSIA SEBALIKNYA AKAN MEMBAWA BENCANA DAN BALA KEPADA UMAT ISLAM DAN MELAYU KHUSUSNYA.

JANJI PAB...
PAB AKAN GEMPUR PR DENGAN SEGENAP KHUDRAT DAN KEIZINAN DARI-NYA...

TUNGGU!!!