Sekiranya anda melihat...mendengar... dan merasai kehadirannya... Itulah.. "PENA AGENOZ BERBISIK"...

USAH BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI 'PERSEPSI'





Sunday, April 4, 2010

AKU HIDUP UNTUK... ORANG LAIN


ISU KALI INI AGAK SUBJEKTIF. NAMUN HARUS PAB KUPASKAN MENGENAI SEBAHAGIAN DARI MEREKA YANG PERLU MELAFAZAKAN 'AKU HIDUP UNTUK...ORANG LAIN'.

PERSOALANNYA...ADAKAH INDIVIDU SEPERTI YANG AKU NYATAKAN TERSEBUT. JAWAPANNYA IALAH ADA DAN MEMANG WUJUD

DISINI AKU AKAN NYATAKAN EMPAT (4) GOLONGAN YANG TERMASUK DALAM KATEGORI 'AKU HIDUP UNTUK ...ORANG LAIN'

GOLONGAN PERTAMA :
MEREKA BERKATA 'AKU HIDUP UNTUK... KELUARGAKU...TANPA AKU...KELUARGAKU AKAN MENDERITA'
ALASAN : GOLONGAN INI PERCAYA BAHAWA TIADA LAIN YANG BOLEH MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN SELAIN DIRI SENDIRI. NAMUN ADA DIANTARA MENJADI MANGSA 'HIPOKRIT' AKIBAT TERLALU MEMBELA KELUARGANYA SEHINGGA DIRI SENDIRI YANG MERANA.

GOLONGAN KEDUA :
MEREKA BERKATA 'AKU HIDUP UNTUK...RAKAN-RAKANKU..KERANA MEREKA (RAKAN-RAKAN) LEBIH TAHU APA AKU KEHENDAK DAN AKU MAHU'
ALASAN : GOLONGAN INI SUDAH TIDAK PERCAYA LAGI DENGAN ENTITI KEKELUARGAAN SEHINGGAKAN BAGI MEREKA , RAKAN-RAKAN ADALAH SEGALANYA. PADA TAHAP KRITIKAL, ADA DIANTARA GOLONGAN INI YANG SANGGUP BERKORBAN DEMI RAKAN-RAKANNYA SEHINGGA LUPA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG SUAMI @ ISTERI @ BAPA @ IBU DSB.

GOLONGAN KETIGA
MEREKA  BERKATA 'AKU HIDUP UNTUK...KEKASIHKU...KERANA CINTAKU DAN SAYANGKU ADALAH SEGALANNYA
ALASAN : GOLONGAN TERSEBUT PERCAYA KEHIDUPAN LEBIH BERMAKNA DENGAN MENYAYANGI DAN DISAYANGI INSAN YANG DICINTAI TIDAK MENGIRA APA JUA HALANGAN. LEBIH KRITIKAL GOLONGAN INI SANGGUP MENGETEPIKAN SENTIMEN KELUARGA MALAHAN SAMPAI KE PERINGKAT AGAMA DAN SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA UNTUK KEKASIHNYA...(DASYAT...)

GOLONGAN KEEMPAT :
MEREKA BERKATA 'AKU HIDUP UNTUK...KETUAKU... KERANA MELALUI SEGALA IMPIANKU AKAN TERCAPAI..TAK KIRALAH JALAN MANAPUN'
ALASAN : GOLONGAN INI BERPENDAPAT UNTUK BERJAYA DALAM HIDUP PERLU ADA 'KABEL' TANPA MENGIRA SAMAADA PERLU MENGORBANKAN PRONSIP ATAU TIDAK. PADA TAHAP KRITIKAL MEREKA SANGGUP MEMBUANG KELUARGA MEREKA MALAH AKAN BERSETUJU DENGAN KETUA MEREKA SECARA MEMBUTA TULI.

KESIMPULAN :
SEPERTI YANG AKU KATAKAN ISU DIATAS ADALAH SUBJEKTIF. ADA PRO...ADA KONTRANYA...OLEH YANG DEMIKIAN TERPULANGLAH KEPADA KITA UNTUK MENILAI. NAMUN SEKIRANYA KITA BERJUMPA DENGAN GOLONGAN INI PASTIKAN SEGALA PERSEPSI DIRI ANDA PERLU DIBUANG JAUH-JAUH SEHINGGA ANDA MENGETAHUI DARI MULUT SI EMPUNYA DIRI

AKAN DATANG : KUPASAN ISU MENGENAI 'AKU HIDUP UNTUK...MASA DEPAN'

No comments:

Post a Comment