Sekiranya anda melihat...mendengar... dan merasai kehadirannya... Itulah.. "PENA AGENOZ BERBISIK"...

USAH BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI 'PERSEPSI'





Monday, April 26, 2010

ISU MAHASISWA & PENDIDIKAN

BENARKAH MAHASISWA KITA LESU?

PERSOALAN YANG AGAK MENARIK UNTUK DIPERKATAKAN.

DI SINI PAB AKAN MENGENENGAHKAN EMPAT (4) GOLONGAN MAHASISWA DI MALAYSIA BERKAITAN ISU MAHASISWA LESU

GOLONGAN PERTAMA :
MAHASISWA YANG HANYA MENGEJAR CGPA SEMATA-MATA TANPA MELIBATKAN DIRI DENGAN MANA-MANA AKTIVITI KO-KURIKULUM DI PERINGKAT UNIVERSITI.
ALASAN : CGPA MENJAMIN PELUANG UNTUK MENDAPAT KERJAYA YANG DIIMPIKAN
(WALAUPUN TERDAPAT STATISTIK YANG MENYATAKAN SEBAHAGIAN BESAR KEGAGALAN MAHASISWA MENDAPAT PEKERJAAAN BIARPUN MENDAPAT CGPA YANG TINGGI ADALAH KERANA TIADA KEMAHIRAN LAIN SEPERTI KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN AWAM)


GOLONGAN KEDUA :
MAHASISWA YANG HANYA MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA AKTIVITI KO-KURIKULUM AYAU MENUMPUKAN TUGASAN SEBAGAI MPP UNIVERSITI SEMATA-MATA 
ALASAN : MEREKA BERPENDAPAT BIARPUN MENDAPAT CGPA YANG SEKADAR MEMUASKAN MASIH BOLEH MENDAPAT ANUGERAH KECEMERLANGAN KERANA BANYAK JASANYA KEPADA UNIVERSITI 
(GOLONGAN 'OPORTUNIS' INI SEMAKIN RAMAI DI IPT SEKALIGUS MEWUJUDKAN BUDAYA PERSAINGAN YANG TIDAK SIHAT DI IPT)


GOLONGAN KETIGA :
MAHASISWA YANG ASALNYA AKTIF DALAM AKADEMIK DAN KO-KURIKULUM NAMUN BERHENTI DARI MENYERTAI AKTIVITI KO-KURIKULUM KERNANA MENJADI MANGSA BIROKRASI.
ALASAN : GOLONGAN INI BERPENDAPAT PIAWAIAN DAN MAKANISME YANG LEMAH DALAM PERSATUAN DAN KELAB (KO-KURIKULUM) SEHINGGA MENYEBABKAN MEREKA HANYA DIJADIKAN PAK TURUT DAN TIDAK DIBENARKAN UNTUK MEMBERI PENDAPAT DAN KRITIKAN.
(PERKARA INI SELALUNYA TERLEPAS PANDANG OLEH PIHAK HEPA UNIVERSITI KERANA MENDAPAT MAKLUMBALAS YANG KURANG TEPAT)


GOLONGAN KEEMPAT :
MAHASISWA INI HANYA MENUMPUKAN AKTIVITI KEPARTIAN, NGO DI UNIVERSITI SEHINGGAKAN ISU-ISU PENDIDIKAN JUGA DIPOLITIKKAN.
ALASAN : MEREKA MENDAPAT JAMINAN TIDAK AKAN DIKENAKAN TINDAKAN AUKU DAN AKAN MEMPEROLEHI APA YANG DIKEHENDAKI DILUAR KAMPUS
(GOLONGAN INI DIPANGGIL TUKANG KECOH YANG LANGSUNG TIDAK MEMPERDULIKAN HAK ORANG LAIN TETAPI IRONISNYA MEREKA MEMAKSA PULA ORANG LAIN MENGEMBALIKAN HAK MEREKA)


OLEH YANG DEMIKIAN. SIAPA YANG BERSALAH DALAM HAL INI. SALAH MAHASISWA... SALAH PIHAK UNIVERSITI ATAU SALAH PAK MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB..

JAWAPANNYA TERLETAK DI BAHU SEMUA PIHAK, SEBALIKNYA "KITA JGN HANYA MENGATAKAN ITU DAN INI SERTA MELETAKKAN KESEMUA KESALAHAN KEPADA MAHASISWA SEKIRANYA KITA SENDIRI TIDAK MENYOKONG DAN MENDORONG HANYA PANDAI MENGKRITIK DAN MENGADU-DOMBA... DI PIHAK MAHASISWA PULA JANGANLAH ASYIK NAK MENYALAHKAN SISTEM UNIVERSITI SEDANGKAN APABILA DIBERI PELUANG UNTUK MEMBERI PENDAPAT DAN KRITIKAN SEBALIKNYA MENYOROK DIBELAKANG BLOGGER, FACEBOOK DAN TWITTER"

FIKIR-FIKIRKAN..

WASSALAM
SAYONARA

No comments:

Post a Comment