Sekiranya anda melihat...mendengar... dan merasai kehadirannya... Itulah.. "PENA AGENOZ BERBISIK"...

USAH BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI 'PERSEPSI'



Friday, October 29, 2010

KENAPA PERSATUAN ANAK FELDA DIWUJUDKAN?

KELAHIRAN PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN (ANAK)
SALAH SIAPA?


PAB RASA TERPANGGIL UNTUK MEMBANGKITKAN ISU PENUBUHAN PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN (ANAK).

SEBAGAI ANAK PENEROKA DI WILAYAH SEGAMAT, JOHOR. PAB SEDIH DENGAN PENUBUHAN PERSATUAN INI. PAB BERPENDAPAT PERTUBUHAN INI MENGHANCURKAN KEHARMONIAN WARGA FELDA YANG BEGITU BANYAK JASANYA KEPADA ORANG MELAYU.

SEBELUM PAB NAK MENGULAS PANJANG TENTANG PERSATUAN ANAK NIE. DISINI PAB NAK MENGENENGAHKAN 3 FAKTOR MENGAPA PERTUBUHAN PERSATUAN ANAK PERNEROKA FELDA KEBANGSAAN INI BERLAKU :


FAKTOR AGENSI PELAKSANA  (FELDA)
 FELDA TELAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA DENGAN SEBAIK MUNGKIN. TETAPI DENGAN KEWUJUDAN FELDA PLANTATION SDN BHD (ANAK SYARIKAT FELDA) TELAH MENGUBAH NASIB WARGA FELDA SECARA KESELURUHANNYA.  ASALNYA PENUBUHAN FELDA PLANTATION SDN BHD ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENINGKATKAN PEMBANGUNAN HASIL WARGA FELDA TETAPI KINI DISALAHGUNAKAN DI SEBAHAGIAN GUGUSAN FELDA.

ISU PENYELEWENGAN PEMBAYARAN HASIL KELAPA SAWIT, ISU KEBUN YANG TIDAK DISELENGGARA, ISU PENYELEWENGAN KUTIPAN HASIL SAWIT DAN ISU HASIL SAWIT YANG TIDAK DIPETIK DIJADIKAN PLATFORM SEKUMPULAN WARGA FELDA TERUTAMANYA GENERASI KEDUA FELDA UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN MENUBUHKAN PERSATUAN ANAK INI (SEDANGKAN DARI DULU MEREKA MEMANG BENCIKAN FELDA)

ADUAN WARGA FELDA TERHADAP ISU-ISU DIATAS HANYA DIPANDANG REMEH OLEH KAKITANGAN FELDA (KERANA MENDAPAT MAKLUM BALAS YANG TELAH DIPUTAR BELIT OLEH FELDA PLANTATION). ATAS FAKTOR ITULAH PERSATUAN ANAK BEGITU AKTIF INI MENJALAR DI GUGUSAN FELDA UNTUK MENGHASUT WARGA FELDA AGAR MEMBENCI FELDA DAN KERAJAAN KHUSUSNYA.

ITU BELUM LAGI NAK BANGKITKAN ISU PERUMAHAN GENERASI KEDUA DAN KETIGA FELDA YANG MASIH TERGANTUNG DAN BERTEKA-TEKI SEHINGGA KINI,  ISU PENYELEWENGAN KAKITANGAN FELDA (KERJANYA ASYIK MAKAN TIDO, MELANCONG, MENGHABISKAN DANA PENEROKA) DAN BANYAK ISU YANG MENGGUGAT WARGA FELDA HARI INI. KELEMAHAN PEJABAT FELDA MENEYELESAIKAN PERMASALAHAN INI DENGAN SEGERA DI SEBAHAGIAN GUGUSAN FELDA PASTI AKAN MENJAYAKAN LAGI NIAT JAHAT PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN (ANAK) INI.


FAKTOR SUARA BELIA FELDA
SEBELUM PENSTRUKTURAN FELDA YANG DIANJURKAN OLEH DATO SERI NAJIB SEBELUM INI, KUMPULAN BELIA BEGITU AKTIF MENYUMBANGKAN IDEA-IDEA UNTUK MEMBANGUNKAN GENERASI FELDA. MAJLIS BELIA FELDA PADA MASA ITU AKTIF MENGANJURKAN AKTIVITI BELIA, KEMASYARAKATAN, SUKAN DAN REKREASI DI SETIAP GUGUSAN FELDA.  

PAB MASIH INGAT PADA MASA DAHULU DIWUJUDKAN LIGA BOLASEPAK FELDA YANG MELIBATKAN SELURUH GUGUSAN FELDA. SELEPAS PENUBUHAN KELAB BOLASEPAK FELDA. SEMUNYA BAGAIKAN BERKUBUR (DAHLAH SKUAD FELDA NIE BYK PERMAIN BUKAN WARGA FELDA) DAN KINI.... HANYA TINGGAL KENANGAN.

 ITU BELUM ISU HARI PENEROKA YANG DAH LAMA BERKUBUR DI SEBAHAGIAN GUGUSAN FELDA LAGI DAN ISU-ISU BELIA FELDA YANG LAIN.

HMM... BUKANKAH SEPATUTNYA BILA PENSTRUKTURAN BARU DILAKUKAN PERSATUAN YANG PRO-FELDA LEBIH AKTIF DARIPADA DULU... PASTI ADA YANG TAK KENA NIE DALAM MAJLIS BELIA FELDA. HARAP DIRUNGKAIKAN PERMASALAHAN ITU SEGERA.

ISU GENERASI BELIA FELDA YANG BERMINAT MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN TELAH DIMATIKAN HASRAT MEREKA OLEH KAKITANGAN PEJABAT FELDA SENDIRI (MUNGKIN TIADA MINDA PERNIAGAAN) JUGA MENJADI FAKTOR PENUBUHAN PERSATUAN ANAK INI. 

KESANNYA KUMPULAN INI MEMBERONTAK DENGAN MENDAPATKAN KHIDMAT PERSATUAN ANAK UNTUK MENCAPAI HASRAT MEREKA DAN ADA YANG MEMBAWA DIRI UNTUK MENCARI MAKAN DI LUAR FELDA (DIMANA FUNGSINYA MAJLIS BELIA FELDA)

KESEMPATAN INI DIGUNAKAN SEPENUHNYA OLEH  PERSATUAN ANAK TELAH UNTUK MENGHASUT MEREKA AGAR MEMBENCI FELDA. JELAS JARUM MEREKA MENJADI. KELEMAHAN MAJLIS BELIA FELDA  DI SEBAHAGIAN TEMPAT GUGUSAN FELDA DEGUNAKAN SEPENUHNYA OLEH PERSATUAN ANAK UNTUK MEMPERLUASKAN PENGARUH MEREKA. KESANNYA KELIHATAN SEKARANG APABILA KURANGNYA AKTIVITI BELIA DI GUGUSAN FELDA.



FAKTOR POLITIK KEPARTIAN YANG DANGKAL
SEMUA ORANG TAHU BAHAWA PERSATUAN ANAK DIBAYANGI OLEH POLITIK PEMBANGKANG. SEBELUM INI WARGA FELDA TANPA MENGIRA IDEALOGI BOLEH DUDUK SEMEJA DI KEDAI KOPI SAMBIL BERMAIN DAM HAJI DAN BOLEH BERGURAU SAMBIL PEKENA TEH TARIK DAN ROTI CANAI. NAMUN KEMASUKAN POLITIK DANGKAL OLEH PR MELALUI PERSATUAN ANAK TELAH MENGUBAH SEGALANYA. 

ADA DIANTARA MEREKA YG DULU MERUPAKAN SAHABAT BERMAIN GASING KINI SUDAH TIDAK BERTEGUR SAPA. ADA YANG LEBIH TERUK DARI ITU BERTUMBUK KERANA UNTUK MEMPERTAHANKAN IDEALOGI PARTI MASING2. KESANNYA BANYAK KEDAI KOPI YANG TERPAKSA DITUTUP KERANA KEKURANGAN PELANGGAN DAN BANYAK AKTIVITI KEMASYARAKATAN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN KERANA WARGA FELDA SUDAH BERPECAH BELAH. FAKTOR INILAH YANG MEMBAWA RESEPI KEJAYAAN KEPADA PERSATUAN ANAK. JELAS PERSATUAN ANAK BERJAYA MEMECAHBELAHKAN WARGA FELDA. 


KESIMPULANNYA...
DENGAN TERTUBUHNYA PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN (ANAK ) INI.
SALAH SIAPA?

SALAH FELDA LAGI KER SETELAH BANYAK JASA DIBERIKAN KEPADA WARGA FELDA.

SALAH MAJLIS BELIA FELDA LAGI KER KERANA KETIDAK AKTIFAN MEREKA DISEBAHAGIAN GUGUSAN FELDA

ATAU SALAH PARTI POLITIK YANG DANGKAL SERTA TIDAK HABIS-HABIS MAHU MEMBUNUH JIWA WARGA FELDA UNTUK MEMBENCI FELDA,


ADAKAH KITA SEBAGAI GENERASI FELDA HANYA TUNGGU DAN LIHAT UNTUK MELIHAT KEHANCURAN YANG BERLAKU DIDEPAN MATA KITA SENDIRI SEDANGKAN PERSATUAN ANAK INI BERMAHARAJALELA MEMBUAT ONAR DI GUGUSAN FELDA KITA. SEDARLAH WAHAI PENEROKA DAN GENERASI FELDA. SEBENARNYA MEREKA INI BUKANLAH PEJUANG DAN HARAPAN BARU UNTUK WARGA FELDA KERANA MEREKA BUKANLAH WARGA FELDA YANG SEJATI. SEBALIKNYA IALAH PENGKHIANAT WARGA FELDA.

HARAPAN PAB
PEJABAT FELDA, FELDA PLANTATION SDN BHD & MAJLIS BELIA FELDA DAPAT MENYELESAIKAN ISU-ISU WARGA FELDA DENGAN SEGERA. KETIADAAN 'ACTION MODE' DAN PENYELESAIAAN YANG KONFREHENSIF DARI KUMPULAN DI ATAS AKAN MEMUDAHKAN PERSATUAN ANAK MEMASANG JARUM KEJAHATAN MEREKA KEPADA GENERASI FELDA.

FIKIR-FIKIRKANLAH...

JANJI PAB AKAN MEMASTIKAN PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN (ANAK) INI TIDAK SEWENANG-WENANGNYA MEMBUAT ONAR DI BUMI FELDA KITA YANG TERCINTA INI DAN PAB BERJANJI AKAN MEMASTIKAN PERJUANGAN MEREKA AKAN BERKUBUR MENJADI ABU. PAB AKAN BERJUANG DENGAN SEGALA KHUDRAT DAN KEIZINAN DARI-NYA

SEMOGA MAJLIS BELIA FELDA MENYOKONG PERJUANGAN PAB DEMI WARGA FELDA, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. JGN ASYIK TIDUR JER. SILA PANTAU ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PERSATUAN ANAK DI http://anak-anakfelda.blogspot.com/

HIDUP FELDA

KENAPA MAZLAN ALIMAN BERDENDAM DENGAN FELDA

SATU PERSOALAN YANG BERMAIN DI KOTAK FIKIRAN KITA...

KENAPA MAZLAN ALIMAN (PENGERUSI ANAK FELDA)  BERDENDAM DENGAN FELDA?

1. Adakah FELDA pernah mengkhianati Mazlan Aliman?
2. Adakah FELDA tidak pernah ada jasanya terhadap Mazlan Aliman dan keluarganya?

JAWAPANNYA....TIDAK

SEMUA AHLI KELUARGA MAZLAN ALIMAN BERSYUKUR KERANA DIBERI PELUANG MENJADI WARGA FELDA...

TETAPI MENGAPA MAZLAN ALIMAN MASIH BERDENDAM DENGAN FELDA?

HARI INI PAB AKAN DEDAHKAN SATU SEBABNYA....
(TAK BOLEH DEDAHKAN SEKALIGUS...PAB MAHU BAGI PELUANG MAZLAN ALIMAN BERTAUBAT) 

SEBAB PERTAMA :
MAZLAN ALIMAN ADALAH ANAK PENEROKA FELDA YANG GAGAL...

GAGAL!!!   

APA YG MAZLAN ALIMAN GAGAL....

MAZLAN ALIMAN GAGAL MENGURUSKAN KEBUN BAPANYA (MELALUI TANAMAN SEMULA SENDIRI TANPA BANTUAN FELDA).

SEDANGKAN ANAK BERANAK MAZLAN BERJAYA DALAM PENGURUSAN LADANG FELDA HASIL BANTUAN FELDA.


ADAKAH PERKARA INI SEKADAR PERSEPSI PAB SEMATA??

SEBENARNYA INILAH YANG DIDEDAHKAN OLEH ABANG KANDUNG MAZLAN ALIMAN SENDIRI DALAM MAJALAH FELDA "ICT JELAS" BIL 04/2010. (PAB AKAN DEDAHKAN BUKTINYA AKAN DATANG)

PERSOALANNYA..MENGAPA MAZLAN ALIMAN BERDENDAM DENGAN FELDA DIATAS KEGAGALANNYA SENDIRI...

JAWAPANNYA AMAT MUDAH ..... MAZLAN ALIMAN TAK MAHU ORG LAIN MELIHAT DIA SEORANG SAHAJA YANG GAGAL...DIA JUGA MAHUKAN PENEROKA LAIN PUN GAGAL SEPERTI DIA.

CUBA KITA RENUNG KEMBALI...

MENGAPA SEMUA KES FELDA DI SAMAN.
HAMPIR SEMUA SAMAN MELIBATKAN WARGA FELDA YANG MEMBUAT TANAMAN SEMULA KELAPA SAWIT SENDIRI  (SERUPA PERANGAI MAZLAN ALIMAN) TERHADAP FELDA?

SEBAB MEREKA SEMUA TUE GAGAL SEPERTI MAZLAN ALIMAN. 

OLEH YANG DEMIKIAN...BAGI MENUTUP "PEKUNG DAN KEBODOHAN SENDIRI" KERANA 'TAK RETI' NAK URUSKAN LADANG. FELDA PULA YANG DISAMANNYA.

SEBENARNYA MAZLAN ALIMAN 'KECUT' NAK SAMAN SORANG-SORANG... SEBAB TUE DIA HASUT WARGA FELDA SAMAN FELDA... BARULAH ADA GENG...

MACAM MANA MAZLAN ALIMAN... BERANI JAWAB TAK ISU NIE... 

 

 

Wednesday, October 6, 2010

PAB KEMBALI....

SALAM UKHWAH DAN SALAM 1 MALAYSIA

PAB KEMBALI LAGI DENGAN MISI UNTUK MEMBONGKARKAN SERANGAN PEMBANGKANG KEPADA MASYARAKAT FELDA..


TUNGGU!!!