Sekiranya anda melihat...mendengar... dan merasai kehadirannya... Itulah.. "PENA AGENOZ BERBISIK"...

USAH BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI 'PERSEPSI'



Monday, January 20, 2014

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI


 
PAB KEMBALI DENGAN PENDEKATAN BERBEZA!!!

INN SHAA ALLAH...SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN

WASSALAM

Sunday, September 2, 2012

BENARKAH HUDUD ADALAH 0 0001 DARIPADA HUKUM ALLAH SEPERTIMANA KENYATAAN TG HJ HADI

Salam 1Malaysia.... Sejak kebelakangan ini LAGU HUDUD dimainkan semula (mcm lagu raya) sedangkan persoalan hudud ini bukan satu yg boleh dimain2 krn ianya turut melibatkan akidah umat islam.... PAB ada mempejari ttg hudud dgn ramai guru agama dan rasanya bolehlah sedikit sbyk ingin memberi komen umum mengenai polemik hudud ini.... PAB terkejut dgn byk pandangan dr ahli politik, ahli agama dan mssyarakat umum di Malaysia.... Ada yg berkata bahawa tidak suka hudud bermakna tidak suka akan islam & menggelar sbg munafik sbg hukuman yg berat.... Apa yg PAB bleh simpulkan...byk komentar realitinya adalah individu yg tidak memahami akan HUKUM ALLAH dgn tepat & jelas...... HUKUM ALLAH bukan hudud semata2 kerana di dlm AlQuran hanya ada 1juzu' shj yg menceritakan perihal ttg hudud. Hukum ALLAH meliputi Muamalah, Munakahat, Jenayah, Ibadah dan byk lagi........ Ternyata dr komentar polemik hudud ini menunjukkan ramai umat islam di Malaysia yg tidak faham & tidak tahu HUDUD hanya 0.0001 hukum Allah (sama spt yg dijelaskan oleh TG Hj Hadi PRESIDEN PAS sendiri). .... Bagaimana hendak laksanakan hudud jika kita kaum muslimin sendiri tidak faham akan hukum hudud.... Tindakan Tun M tidak menolak hudud PAS dahulu bukan berunsur politik spt dlm suratnya kpd TG Nik Abd Aziz tetapi utk melaksanakan hudud beberapa fundamental perlu dilaksanakan spt 99% rakyat dlm satu negeri perlu memahami & faham akan hudud, perlu ada draf dan dibentangkan pd umum, perlu menyediakan infra spt penguatkuasa, mahkamah, infra dan pakar2 undang serta para hakim & peguam yg khusus ttg hudud..... Dlm hal ini jgn emosional, yg tidak faham hudud perlu pelajari hukum hudud dahulu baru bleh berckp ttg hudud. Ia melibatkan akidah. Bimbang komen yg diberikan samaada yg menyokong atau yg menentang membawa kpd kerosakan akidah. Nauzubillah....... Fikir-fikirkalah dgn hemah bukan krn Ketaksuban.

Tuesday, June 5, 2012

ALAHAI KAMPUS...SIRI 1 (BHG 1)

Assalammualaikum WBT dan Salam 1Malaysia Pena PAB hari ini akan membangkitkan isu perihal sebuah kampus IPTA di Pantai Timur yang agak sohor dalam bidang Akuakultur........................Nama kampus tue PAB tidak perlu jelaskan...namun semua orang IPTA yang PAB maksudkan...tambahan pula IPTA inilah satu--satunya yang mempunyai 'Institut' yang menjalankan secara total dalam bidang Akuakultur di Malaysia --------------------------------------------------------------------------------- ISU PERTAMA yang PAB mahu bangkitkan di dalam pena blogger ini berkaitan kampus berkenaan adalah dari sudut organisasi dan pengisiannya........................ isu ini berat untuk diperkatakan kerana sekiranya pembentukan organisasi dan pengisiannya diambil 'enteng' maka HASRAT KERAJAAN UNTUK MENCAPAI PELAN TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) BAKAL MENGUNDANG MASALAH dan akan dijadikan sebagai 'MODAL PARTI PEMBANGKANG' pada masa akan datang.... ------------------------------------------------------- PAB difahamkan organisasi institut didalam kampus ini telah mendapat kritikan daripada Naib Canselor-Nya sendiri kerana ianya membabitkan hala tuju institut tersebut untuk menyokong kelangsungan universiti berkenaan... ---------------------------------------------------------- Sepatutnya 'isu organisasi' ini tidak perlu dibangkitkan lagi kerana institut tersebut baru mengadakan BENGKEL HALA TUJU di sebuah pulau yang terkemuka di utara Semenanjung Malaysia pada awal April 2012 yang lalu (rasanya semua orang tahu lokasi yang disebutkan)...........dengan berbekalkan bajet yang 'besar' dan semua orang tahu bajet tersebut dianggap 'WANG RAKYAT' namun kesudahan menjadi kritikan NC-Nya sendiri... --------------------------------------------------------------------- Secara jujurnya PAB amat kecewa dengan apa yang berlaku...kenapa soal pembentukan organisasi yang menjadi teras sesebuah organisasi masih membelenggu 'institut akuakultur' berkenaan.......sedangkan organisasi ini bukannya baru (telah ditubuhkan sejak 2004) dan mempunyai KAKITANGAN TERTINGGI yang boleh dikategorikan sebagai 'SUPER POWER' dalam bidang akademik dan penyelidikan...... dimanakah silapnya..... -------------------------------------------------------------------------- PAB ada jawapannya.... Berikut ialah faktor mengapa dan kenapa organisasi yang dimaksudkan ini masih menghadapi masalah dari pembentukan organisasinya yang mana permasalah ini akan dibangkit mengikut siri pada penulisan akan datang....Tunggu

Tuesday, May 29, 2012

IM BACK

KEMBALINYA PAB KERNA 1 MISI YANG PERLU DIPERHALUSI OLEH PARTI PEMERINTAH MENGENAI ISU PENDIDIKAN YANG MENJADI TERAS KEPADA GTP.
--------------------------------------------------------- ISU PENDIDIKAN TELAH DIJADIKAN 'MODAL POLITIK' SEPERTI ISU PEMANSUHAN PTPTN, ISU SEKOLAH SRJK(C) DLL. --------------------------------------------------------- NAMUN KITA TERLUPA TENTANG SATU PERKARA MENGENAI 'KEBERTANGGUNGJAWABAN' KAKITANGAN AWAW UNTUK MELANGSUNGKAN GTP YANG AKHIRNYA MEMBERI KESAN KEPADA PARTI PEMERINTAH SECARA PERLAHAN-PERLAHAN UMPAMA VIRUS. ---------------------------------
UNTUK KALI INI, PAB AKAN MENGELUARKAN 9 ISU YANG PERLU DIPERHATIKAN OLEH PARTI PEMERINTAH MENGENAI ISU 'KEBERTANGGUNGJAWABAN' KAKITANGAN AWAW DISEBUAH UNIVERSITI AWAM PANTAI TIMUR YANG SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI GAMBARAN YANG BURUK KEPADA PENGAJIAN TINGGI AWAM NEGARA. TUNGGU!!!

Thursday, January 6, 2011

Penyu menangis lagi??? (SIRI 2)

PENYU MENANGIS LAGI???

  

Semalam PAB dah kupas analisa kedudukan UMNO dan PAS di Parlimen K. Terengganu dan 4 DUN di bawahnya. 

Hari ini PAB akan kupaskan pula mengenai Parlimen Dungun dan 4 DUN di bawahnya (DUN Rantau Abang. DUN Sura. DUN Paka dan DUN Bukit Besi)


PARLIMEN DUNGUN
UMNO dijangka menang besar di parlimen ini berikutan kegigihan MP Dungun - YB Matulidi Jusoh membangunkan Bandar Dungun.

Dengan kenaikan taraf sebagai Majlis Perbandaran Dungun serta pembangunan di Pitasan, Sura, Bandar Dungun, Bandar Paka, Bandar Ketengah Jaya dan Bandar Bukit Besi menyebabkan pengundi selesa untuk mengekalkan UMNO di parlimen ini.

Tambahan kerusi Parlimen ini yang sekali lagi akan diberikan kepada PKR akan menyebabkab calonnya dijangka kalah besar

Namun sekiranya PAS yang meletakkan calonnya seperti Uztaz Azman Shapawi sekalipun, UMNO tetap akan menang dengan majoriti 1000-2000 undi.


NAMUN BEGITU

UMNO HANYA AKAN MENANG SELESA DI DUN BUKIT BESI DAN PAKA


DUN BUKIT BESI

UMNO akan mengekalkkan kerusi DUN ini kerana faktor 'wow' yang dimiliki oleh ADUN - YB Din Adam
Kecelaruan PAS untuk memilih manifesto samaada 'Membangun Bersama Islam' (keluar dr PR) atau 'PAS ganti UMNO' (menjadi parti nasionalisme menggantikan peranan UMNO dan kekal bersama PR) akan menyebabkan pengundi melayu akan menolak PAS secara solid.

DUN PAKA
Kekuatan UMNO semakin meningkat kerana PAS tidak mempunyai calon yang layak untuk memenangi ADUN PAKA kerana calon PRU12 yang lalu akan ditolak secara solid kerana dianggap 'kaki ampu dan kaki kelentong'. Ini diakui oleh beberapa pengundi PAS sendiri.


SEBALIKNYA
 UMNO AKAN TEWAS DI DUN SURA DAN RANTAU ABANG SEKIRANYA FAKTOR DI BAWAH TIDAK DISELESAIKAN OLEH UMNO DENGAN KADAR SEGERA


DUN RANTAU ABANG

Sekiranya UMNO mahu mengekal ADUN Rantau Abang terkini, UMNO akan tewas besar walaupun beliau merupakan exco negeri.

Hasil tinjauan di DUN tersebut, mereka akan kekal bersama mengudi UMNO pada PRU13 dengan syarat  jika YB Zaabar tidak di kekalkan kerana kebanyakan pengundi tegar UMNO tidak menyukainya manakala pengundi atas pagar, wanita dan pengundi muda berkemungkinan mengundi PAS  dengan majoriti 100-500 undi kerana menganggap ADUN UMNO ini 'tidak berjiwa rakyat'
  
DUN SURA

PAS tidak cukup kuat di DUN ini kerana kelemahan ADUN SURA dari PAS mentadbir dan tidak disenangi pengundi muda dan wanita. Namun UMNO juga seolah-olah rela menyerahkan DUN ini pada PRU13 akan datang kerana tiada 'strategi' yang berkesan untuk menarik pengundi atas pagar.

Namun UMNO akan menang dengan majoriti tipis 100 undi sekiranya berani untuk mencalonkan semula bekas MP Dungun - Dato' Rosli Mat Hassan yang masih mempunyai faktor 'wow' di parlimen ini


SO... UMNO DUNGUN
FIKIR-FIKIRKANLAH
  
Next :  Kupasan Parlimen Kuala Nerus



Penyu menangis lagi???

PENYU MENANGIS LAGI???

Buat kali pertamanya, PAB tengok PAS hilang taringnya di bumi kelahiran penyu a.k.a darul iman nie.

MENGAPA PAS HILANG TARINGNYA
1. De Factor DS Ahmad Said bersama slogan pemerintahannya 'merakyatkan pembangunan' menggerunkan ADUN PAS (walaupun Kumpulan 10 budak hitam dari BN sendiri tak serik-serik mahu menjatuhkan beliau)

2.  Slogan 'Membangun bersama islam' yang telah ditukar 'PAS ganti UMNO' menyebabkan ramai pengundi atas pagar lebih rela memilih BN dari PAS (sebab PAS mahu jadi parti nasionalisme yg dulunya HJ Hadi sendiri kafirkan)


3.  PAS tiada calon baru untuk dicalonkan dlm PRU13 nanti (kalau tak percaya..calon yg sama semasa PRU10 dulu akan dicalonkan semula)


 NAMUN BEGITU


Berdasarkan soal selidik yang telah team PAB laksanakan menunjukkan PAS akan terus menguasai Parlimen Kuala Terengganu dan 3 DUN dibawahnya iaitu (DUN Batu Burok. DUN Ladang dan DUN Wakaf Mempelam) bersadarkan faktor-faktor dibawah.

PARLIMEN KUALA TERENGGANU

1. UMNO akan kalah di Parlimen ini kerana parlimen ini merupakan bahagian UMNO yang masih lemah berbanding parlimen-parlimen negeri Terengganu yang lain.

2.  Pengundi muda tidak dapat menerima kepimpinan legasi keluarga Wan Salleh (Wan Ahmad Farid dan Wan Hisham). 

3.   Tiada calon UMNO yang mempunyai faktor 'wow' yang akan memenangkan Parlimen Kuala Terengganu ini


DUN BATU BUROK

1.  PAS tidak kuat di DUN ini tetapi UMNO yang cukup lemah kerana Ketua Cabang DUN Batu Burok lebih bayak tido dari bekerja untuk memenangkan UMNO di DUN Batu Burok

2.  Pengundi tak mahu lagi memenangkan PAS di DUN ini namun UMNO tiada faktor 'wow' yang boleh menarik sokongan UMNO di DUN Batu Burok. Silap2...kalau ada calon BEBAS...Calon BEBAS tersebut boleh menang dengan majoriti mudah. Kalau Zaid dari parti KITA  jadi calon di DUN Batu Burok. Mungkin Zaid akan menang besar.

DUN LADANG
1.  UMNO akan kalah selagi Dato Wan Hisham memimpin UMNO Ladang. Kalau tak percaya...calonkanlah beliau selagi lagi..dulu kalh tipis...PRU13 nie silap-silap hilang deposit.

2.  Pengaruh PAS semakin kuat kerana kelemahan Ketua Penerangan UMNO Terengganu menjelaskan kepada rakyat di DUN LADANG tentang pengambilan tanah di kws Bulatan Ladang. Kalau dah org rg UMNO sendiri yang merungut. Sendiri mau ingatlah...

DUN WAKAF MEMPELAM
1. UMNO akan kalah walaupun ADUN Wakaf Mempelam le nie wahi tido (terkecek ganu pulok) kerana kegagalan UMNO memikat kumpulan kakitangan awam, guru2 dan ahli perniagaan yg lebih condong dengan PAS (yg PAB herannya..dia org nie kaya2 dan terdiri dari keluarga bekas ADUN UMNO..naper le nie menolak UMNO). Tue belum lagi 45% pengundi muda yang akan mengundi di PRI13 kelak di DUN ini

2.  UMNO DUN nie terlalu banyak retorik dari realiti...dah bernanah telinga PAB mendengar dr Penyelaras DUN Wakaf Mempelam bahawa UMNO akan menang sejak PRU 11. Tapi sampai le nie..habuk...


DUN BANDAR 

1.   BN/MCA akan menang dengan majoriti tipis kalau PAS yang bertanding, menang besar kalau PKR yang bertanding dan akan menang majoriti mudah sekiranya DAP yang bertanding

2.   Namun kegagalan UMNO Bandar terutamanya kawasan Cabang Tiga dan Perkampungan Losong yang lebih wahi tido dan tidak mahu mendengar keluhan pengundi boleh menyebabkan BN/MCA tidak boleh duduk senang lenang.



UMNO KUALA TERENGGANU 

BILA NAK BANGKIT SEMULA

ATAU UMNO RELA SEKALI LAGI PAS AKAN MEMENANGI PARLIMEN DAN 3 DUN PD PRU13 NANTI


Next : Kupasan Soal Selidik Parlimen Dungun




Monday, November 15, 2010

Ceramah PAS...Antara Kebatilan dan Kefasikan

PAB percaya...Kebiasaannya Ceramah PAS akan mendapat sambutan dari orang ramai terutamanya masyarakat kampung dan luar bandar...


TETAPI PERNAHKAH KITA BERTANYA
APAKAH SEBAB UTAMA KEHADIRAN MEREKA DALAM CERAMAH PAS.

PAB ada jawapannya. 
Banyak sebab musababnya...Tapi kita ambil dua (2) contoh sahaja :

FAKTOR SATU
Ceramah PAS kebiasaanya akan dihadiri ramai BADUT-BADUT PAS yang tugasnya mengadu-domba dalam bentuk sinikal dan lawak serius. 
Kebanyakan mereka yang hadir bukan teruja hendak mendengar ttg Negara Islam Ala-PAS atau Isu Isle...tapi lebih kepada untuk mendengar Jenaka Neraka BADUT mereka. Siapakah diantara mereka....
 

 
FAKTOR KEDUA
Kempen Anti-Akhbar arus Perdana terutamanya Utusan telah berjaya merasuk jiwa juak-juak PAS nie. Tambahan Ada diantara Penyokong Tegar PAS ini TIDAK MAMPU melanggan Harakah.

Jadi untuk mendapatkan berita terkini TERPAKSALAH DENGAR TEMBERANG dr BADUT-BADUT PAS nie. Yang lebih MENYEDIHKAN ada yg hadir terus-terang kata Ceramah PAS nie sebagai HIBURAN MALAM HARI.


Namun disebalik Ceramah PAS tersebut. Ada perkara yang CUKUP MENJADIKAN MEREKA SEORANG YANG BATIL LAGI FASIK iaitu :

SATU
Menggunakan Mimbar Ceramah PAS untuk MENGKAFIRKAN UMNO & MENGHASUT MENENTANG PEMERINTAH walaupun isu yang dimainkan TENTANG PELAKSANAAN HUDUD ISLAM. 

Ironinya...Bukankah salah satu JENAYAH HUDUD ialah MENENTANG PEMERINTAH ISLAM walaupun pemerintah itu berlaku zalim sekalipun HENDAKLAH TAAT dengan MENEGUR KEMBALI KPD AL-QURAN DAN SUNNAH dan HARAM MEMERANGI MEREKA selagi MEREKA TIDAK MENGISTIHAR DIRINYA KAFIR dan MENYEKUTUKAN ALLAH.

Dengan ayat mudahnya..PAS kata mahu LAKSANA HUDUD ISLAM tetapi mereka sendiri pula YANG MENENTANG ASAS PELAKSANAANNYA.

DUA
Kerana keasyikan berceramah...sampai terlupa untuk AZAN ISYA' (kalau azan pun jam 11 malam....azan isya' jam 11 malam....apa...tak percaya) dan MELAMBATKAN SOLAT. Ini berlalu di kebanyakan surau-surau PAS yang menganjurkan Ceramah PAS (terutamanya di Parlimen Kuala Nerus dan Dungun)

KETIGA
Setiap kali ceramah akan bangkitkan ISU UMNO RASUAH. UMNO KAFIR. UMNO TOLAK HUDUD. Tetapi sehingga kini juak-juak terutamanya org bawahan PAS TIDAK TAU LANGSUNG tentang PELAN INDUK NEGARA ISLAM PAS....

Bagaimana untuk melaksanakannya? Kaedah Pelaksanaan kepada RAKYAT BERBILANG KAUM (Kalau silap perancangan...org cina dan india serta Sabah/Sarawak akan tolak PAS)

KENAPA PAS ENGGAN MENGUSULKAN ISU NEGARA ISLAM KE PARLIMEN?

Sebab PAS sudah SERIK kerana KEBODOHAN MEREKA (PAS) dan KELICIKAN PEMIMPIN UMNO Kelantan. 

Buktinya.... Isu ROYALTI MINYAK KELANTAN.  

Kuli (YM Tengku Razaleigh) seolah-olah MENYOKONG PAS menuntut ROYALTI dan duduk di Mimbar Ceramah PAS dengan tujuan agar Kerajaan PAS mengusulkan isi ROYALTI di DUN Kelantan dan di bawa ke Mahkamah.

PAS yang teruja dengan sokongan Kuli telah membawa usul ke DUN Kelantan dengan harapan UMNO TOLAK USUL sekaligus menambah modal politik untuk melemahkan UMNO Kelantan.

Lebih menariknya...Seolah2 Kuli sdg berkocoh (gaduh) dgn Tok Pa dan Awang Adek. So bertambah yakinlah PAS bahawa UMNO akan TOLAK USUL.

Tetapi Kerajaan PAS kena spin dgn ADUN UMNO apabila mereka BERSETUJU SEBULAT SUARA BAWA USUL ROYALTI KE MAHKAMAH

Kuli berjaya PERANGKAP PAS untuk bawa usul ke Mahkamah

Oleh yang demikian, PAS tidak boleh lagi membawa isu ini di mimbar ceramah seperti sebelum ini sekaligus MENGHALANG PAS menggunakan  ISU ROYALTI yang selama ini telah menjadi duri dan daging kpd UMNO KELANTAN dan menguatkan PAS Kelantan.

Nk dijadikan cerita PRK DUN GALAS di bawah Parlimen Kuli berlaku dan Kuli dilantik sbg Pengarah Pilihanraya PRK Galas

Tok Pa siap sokong KULI lagi. 

So...akhirnya PAS kena SPIN 2 kali dengan Kuli. Kalau anda lupa...bila wartawan tanya pasal ISU ROYALTI..apa jawapan Kuli. PAS tidak dibenarkan bawa isu di mimbar ceramah krn boleh dianggap HINA MAHKAMAH. Akhinya PAS tidak bawa ISU ROYALTI spt mana kemenangan di PRK Manek Urai dan kalah dgn majoriti yg besar. 

So...UMNO memang 3-0 krn isu ini.



 Oleh yang demikian

PAS TAK NAK JADI BODOH NAK BAWA ISU NEGARA ISLAM KE PARLIMEN KRN BIMBANG KENA SPIN LAGI DENGAN MAINAN LICIK DAN STRATEGI UMNO.

Dan sehingga kini MENGAKTIFKAN KEMBALI SLOGAN NEGARA ISLAM walaupun sudah berulang2 Hj Hadi, N.Ajis, Nizar Komunis menyatakan NEGARA ISLAM TIDAK ADA DALAM PERLEMBAGAAN PAS.

YANG SEDIHNYA PAS TERGAMAK MENIPU saudara seagama dgn slogan tersebut demi KEPENTINGAN POLITIK

So..ayat mudahnya... MELALUI CERAMAH PAS...JELAS MENUNJUKKAN PEMIMPIN PAS FASIK DAN MUNAFIK. 

Berjanji dan terus berjanji dengan RAKYAT di mimbar ceramah nk konon mahu laksana HUDUD.. Tapi hamPAS. RAKYAT KELATE, KEDAH, SELANGOR, PERAK (sebelum BN memerintah semula) dah kena kencing walaupun mereka berkuasa di negeri2 tersebut

PAS SANGGUP JUAL AGAMA ISLAM DEMI SURVIVAL POLITIK MEREKA DAN PERSAHABATAN PAS DENGAN KAFIR HARBI DAPig. MEDAN CERAMAH JADI TIKET AUTOMATIK KE NERAKA.

So.. org muda...KITA PAKAT-PAKAT BENCI PAS kerana siapa yang menyokong perjuangan PAS bermakna anda sebahagian drpada manusia hamPAS.