Sekiranya anda melihat...mendengar... dan merasai kehadirannya... Itulah.. "PENA AGENOZ BERBISIK"...

USAH BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI 'PERSEPSI'





Thursday, January 6, 2011

Penyu menangis lagi??? (SIRI 2)

PENYU MENANGIS LAGI???

  

Semalam PAB dah kupas analisa kedudukan UMNO dan PAS di Parlimen K. Terengganu dan 4 DUN di bawahnya. 

Hari ini PAB akan kupaskan pula mengenai Parlimen Dungun dan 4 DUN di bawahnya (DUN Rantau Abang. DUN Sura. DUN Paka dan DUN Bukit Besi)


PARLIMEN DUNGUN
UMNO dijangka menang besar di parlimen ini berikutan kegigihan MP Dungun - YB Matulidi Jusoh membangunkan Bandar Dungun.

Dengan kenaikan taraf sebagai Majlis Perbandaran Dungun serta pembangunan di Pitasan, Sura, Bandar Dungun, Bandar Paka, Bandar Ketengah Jaya dan Bandar Bukit Besi menyebabkan pengundi selesa untuk mengekalkan UMNO di parlimen ini.

Tambahan kerusi Parlimen ini yang sekali lagi akan diberikan kepada PKR akan menyebabkab calonnya dijangka kalah besar

Namun sekiranya PAS yang meletakkan calonnya seperti Uztaz Azman Shapawi sekalipun, UMNO tetap akan menang dengan majoriti 1000-2000 undi.


NAMUN BEGITU

UMNO HANYA AKAN MENANG SELESA DI DUN BUKIT BESI DAN PAKA


DUN BUKIT BESI

UMNO akan mengekalkkan kerusi DUN ini kerana faktor 'wow' yang dimiliki oleh ADUN - YB Din Adam
Kecelaruan PAS untuk memilih manifesto samaada 'Membangun Bersama Islam' (keluar dr PR) atau 'PAS ganti UMNO' (menjadi parti nasionalisme menggantikan peranan UMNO dan kekal bersama PR) akan menyebabkan pengundi melayu akan menolak PAS secara solid.

DUN PAKA
Kekuatan UMNO semakin meningkat kerana PAS tidak mempunyai calon yang layak untuk memenangi ADUN PAKA kerana calon PRU12 yang lalu akan ditolak secara solid kerana dianggap 'kaki ampu dan kaki kelentong'. Ini diakui oleh beberapa pengundi PAS sendiri.


SEBALIKNYA
 UMNO AKAN TEWAS DI DUN SURA DAN RANTAU ABANG SEKIRANYA FAKTOR DI BAWAH TIDAK DISELESAIKAN OLEH UMNO DENGAN KADAR SEGERA


DUN RANTAU ABANG

Sekiranya UMNO mahu mengekal ADUN Rantau Abang terkini, UMNO akan tewas besar walaupun beliau merupakan exco negeri.

Hasil tinjauan di DUN tersebut, mereka akan kekal bersama mengudi UMNO pada PRU13 dengan syarat  jika YB Zaabar tidak di kekalkan kerana kebanyakan pengundi tegar UMNO tidak menyukainya manakala pengundi atas pagar, wanita dan pengundi muda berkemungkinan mengundi PAS  dengan majoriti 100-500 undi kerana menganggap ADUN UMNO ini 'tidak berjiwa rakyat'
  
DUN SURA

PAS tidak cukup kuat di DUN ini kerana kelemahan ADUN SURA dari PAS mentadbir dan tidak disenangi pengundi muda dan wanita. Namun UMNO juga seolah-olah rela menyerahkan DUN ini pada PRU13 akan datang kerana tiada 'strategi' yang berkesan untuk menarik pengundi atas pagar.

Namun UMNO akan menang dengan majoriti tipis 100 undi sekiranya berani untuk mencalonkan semula bekas MP Dungun - Dato' Rosli Mat Hassan yang masih mempunyai faktor 'wow' di parlimen ini


SO... UMNO DUNGUN
FIKIR-FIKIRKANLAH
  
Next :  Kupasan Parlimen Kuala Nerus



No comments:

Post a Comment