Sekiranya anda melihat...mendengar... dan merasai kehadirannya... Itulah.. "PENA AGENOZ BERBISIK"...

USAH BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI 'PERSEPSI'





Monday, April 26, 2010

ISU PERKHIDMATAN AWAM

PAB TERTARIK DENGAN SATU PAPARAN YANG DIKELUARKAN OLEH 'PENGHUNI GUA' YANG PASTINYA MEMBERI MANFAAT KEPADA KAKITANGAN AWAM... KALIAN WAJIB BACA!!!
[1995] 1 MLJ 353

Palaniappan VS Universiti Pertanian Malaysia

Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) -
CIVIL SUIT NO
S4–22–137–1992

Judges VISU SINNADURAI J

Date 17 JANUARY 1995

Citation [1995] 1 MLJ 353



Catchwords:
Civil Procedure - Amendment - Effect of amendment - Whether addition of new cause of action which is statute-barred - Whether leave should be given - Wide discretion of courts - Factors to be considered - Proper test to be applied - Rules of the High Court 1980 O 20 r 5(5)


Civil Procedure - Limitation  - Amendment of pleadings - Addition of new cause of action - Whether court can grant leave even where new relief or remedy is sought - Rules of the High Court 1980 O 20 r 5(5)


Bahasa Malaysia Summary:
Plaintif telah digaji oleh defendan, Universiti Pertanian Malaysia, pada Januari 1963. Pada 9 Januari 1986, berikutan daripada satu siasatan domestik, plaintif telah dipecat oleh defendan. Plaintif telah memulakan tindakan terhadap defendan dan memohon, antara lainnya, satu deklarasi bahawa pemecatan itu adalah tanpa alasan atau sebab yang adil. Defendan telah memfailkan pembelaan mereka dan kemudiannya plaintif telah cuba meminda writ saman dan pernyataan tuntutannya. Defendan telah membantah.

Selepas satu siri permohonan untuk membuat pindaan dan penarikan balik permohonan itu, plaintif akhirnya membuat satu permohonan yang keempat untuk membuat pindaan pada 27 Mei 1994 supaya menambahkan penegasan bahawa pemecatannya itu adalah salah dan untuk menyertakan permohonan untuk gantirugi am dan khas bagi pemecatan salah dan/atau pengembalian semula. Defendan sekali lagi membantah terhadap pindaan yang dicadangkan itu atas alasan bahawa kesan pindaan itu adalah untuk menambahkan suatu kausa tindakan yang baru yang dilarang oleh had masa. Memandangkan bantahan defendan, mahkamah oleh itu terpaksa memutuskan sama ada kebenaran patut diberikan kepada plaintif untuk membuat pindaan untuk mengemukakan kausa tindakan baru yang didakwa itu selepas had masa yang ditetapkan telah tamat.

Diputuskan:
Diputuskan, meluluskan permohonan plaintif itu
(Kakitangan Awam Menang Kes)
(1) Mahkamah mempunyai budi bicara yang luas sama ada atau tidak membenarkan suatu pindaan. Ujian yang betul yang seharusnya digunakan bukanlah sama ada pindaan itu akan mengakibatkan ketidakadilan kepada pihak yang satu lagi, tetapi sama ada dalam keadaan kes, adalah adil untuk memberikan kebenaran. Dalam menggunakan budi bicara itu, mahkamah mesti mengimbangkan kemudaratan yang akan dialami oleh kedua-dua pihak jika pindaan itu dibenarkan atau tidak. Secara amnya, mahkamah sedia memberi kebenaran untuk meminda sebelum perbicaraan, asalkan permohonan itu dibuat dengan ikhlas dan dalam tempoh yang munasabah dan asalkan ketidakadilan yang dikenakan ke atas pihak lawan boleh dipampaskan dengan kos.


(2) Di dalam kes ini, kebenaran diberikan kepada plaintif untuk membuat pindaan yang dicadangkan itu kerana ianya bukan kausa tindakan yang baru yang dihalang oleh had masa. Pindaan tersebut tidak mengakibatkan ketidakadilan kepada defendan dan permohonan itu nampaknya telah dibuat dengan ikhlas.


(3) Aturan 20 k 5(5) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT’) memberikan budi bicara kepada mahkamah untuk membenarkan satu pindaan yang mengemukakan satu kausa tindakan yang baru selepas habisnya tempoh had masa yang relevan, asalkan kausa tindakan yang baru itu berbangkit daripada fakta-fakta yang sama atau sebahagian besarnya adalah fakta yang sama. Di bawah aturan ini, mahkamah juga mempunyai kuasa untuk memberikan kebenaran di mana plaintif memohon untuk menambahkan relief atau remedi yang baru.


(4) Di dalam kes ini, meskipun plaintif mengemukakan satu kausa tindakan yang baru, fakta-fakta yang baru itu adalah sebahagian besarnya sama dengan fakta-fakta asal yang telah dijadikan pli oleh plaintif. Tidaklah boleh dikatakan bahawa defendan telah diserang secara mengejut kerana ia memang sedar akan tindakan plaintif dari mula lagi.


(5) Jika pindaan itu tidak dibenarkan, plaintif akan kehilangan peluang mendapat tebus rugi. Ketidakadilan yang lebih teruk akan diakibatkan kepada plaintif jika pindaan itu tidak dibenarkan daripada ketidakadilan yang akan diakibatkan ke atas defendan jika pindaan itu dibenarkan. Oleh itu, kebenaran diberikan kepada plaintif untuk meminda plidingnya dan defendan diberikan masa untuk memfailkan pembelaannya yang dipinda, jika perlu.]


MEMO DARIPADA PENGHUNI GUA  :
Semoga paparan ini memberi manfaat kepada semua pembaca, kakitangan awam dan pelajar. Tq

No comments:

Post a Comment