Sekiranya anda melihat...mendengar... dan merasai kehadirannya... Itulah.. "PENA AGENOZ BERBISIK"...

USAH BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI 'PERSEPSI'





Wednesday, April 28, 2010


SILIBUS IPT MALAYSIA  
VS  
KEHENDAK PASARAN KERJA

HARI NIE PAB NAK KUPASKAN MENGENAI ISU GRADUAN ATAU SISWAZAH MENGANGGUR. RAMAI DIANTARA MEREKA TUNDING MENUNDING MENYALAHKAN PIHAK LAIN DIATAS KEGAGALAN SISWAZAH MENDAPAT KERJA DI PASARAN PEKERJAAN. ANTARA ISU POKOKNYA IALAH KELEMAHAN SILIBUS AKADEMIK IPT DI MALAYSIA DAN 'DEMAND' YANG BERLEBIHAN OLEH PASARAN PEKERJAAN. BENARKAH BEGITU?
KITA DENGAR PENDAPAT-PENDAPAT DIBAWAH :

KATA KERAJAAN
KAMI TELAH MENYEDIAKAN PELBAGAI PROGRAM SEPERTI 3P (PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN) UNTUK MEMBANTU SISWAZAH MENDAPAT PELUANG DI PASARAN PEKERJAAN. SEKARANG TERPULANG KEPADA MEREKA MAHU MEMOHON  ATAU TIDAK. JGN SALAHKAN KERAJAAN, UNIVERSITI DAN PASARAN PEKERJAAN SEKIRA SISWAZAH ITU YANG TIDAK MENGUBAHNYA.

KATA UNIVERSITI
KITA TELAH MENYEDIAKAN SILIBUS AKADEMIK YANG TERBAIK UNTUK MEREKA (SISWAZAH). MALAHAN SILIBUS AKADEMIK KITA ANTARA YANG TERBAIK DI DUNIA. SEKIRANYA SISWAZAH MASIH MENGGANGGUR, ITU ADALAH KEHENDAK SISWAZAH TERSENDIRI. KAMI DI PIHAK UNIVERSITI SUDAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA. HARAPAN KITA PASARAN PEKERJAAN DAPAT MEMBERI PELUANG KEPADA MEREKA DAN JANGAN BANGKITKAN ISU KEKURANGAN PENGALAMAN DI KALANGAN SISWAZAH KITA KERANA JIKA TIDAK DIBERI PELUANG BAGAIMANA MAHU MENDAPAT PENGALAMAN.

KATA PASARAN PEKERJAAN
MEMANG BENAR KERAJAAN TELAH MENYEDIAKAN 'PLATFORM' TERBAIK UNTUK SISWAZAH MENDAPAT PELUANG DALAM PASARAN PEKERJAAN. TETAPI ADA SILIBUS-SILIBUS AKADEMIK DI IPT YANG TIDAK DAPAT MEMENUHI DAN TERPESONG JAUH DARI KEHENDAK PASARAN PEKERJAAN. DI PIHAK SISWAZAH PULA ADA YANG TIDAK MEMPUNYAI KEMAHIRAN YANG CUKUP WALAUPUN PIHAK UNIVERSITI TELAH MENYEDIAKAN SILIBUS AKADEMIK YANG TERBAIK UNTUK MEREKA. JGN SALAHKAN KAMI JIKA PERMOHONAN MEREKA DITOLAK. "UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI" 

KATA PENSYARAH
MASALAH SISWAZAH KITA ADALAH DISEBABKAN 'ATTITUDE' MEREKA YANG MASIH TAK BERUBAH DAN HANYA MENGHARAPKAN BANTUAN PENSYARAH SAHAJA. KAMI TELAH BERIKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA MENGUASAI SETIAP SILIBUS AKADEMIK YANG DIPELAJARI MALAHAN TURUT MEMBERI PENDEDAHAN SECARA INDUSTRI.

KATA SISWAZAH
KENAPA SEMUA KESALAHAN DILETAKKAN DI BAHU SISWAZAH. BUKANNYA KITA TIDAK BERUSAHA TETAPI KAMI KURANG MENDAPAT SOKONGAN DAN DORONGAN. KAMI INGIN BERSUARA DAN LAMPIRKAN BEBERAPA BENTUK 'PENINDASAN' YANG DILAKUKAN TERHADAP KAMI SEHINGGA MENYUKARKAN KAMI MENDAPAT PELUANG PEKERJAAN DI PASARAN PEKERJAAN SEPERTI BERIKUT :

DI PERINGKAT KERAJAAN :
MEMANG BENAR KERAJAAN TELAH MENYEDIAKAN PROGRAM PEKERJAAN KEPADA KAMI TETAPI HANYA GAH PADA NAMA. SEBALIKNYA DIPERINGKAT PEMANTAUAN DAN  'ACTION MODE' KAMI DIBIARKAN DALAM KEADAAN TERKONTANG KANTING. SELEPAS TAMAT PROGRAM TIADA KELANGSUNGAN SOKONGAN DAN DORONGAN KEPADA KAMI. MALAHAN KAMI DIPERLEKEHKAN TTG PENGALAMAN KAMI WALAUPUN TELAH MENGIKUTI PROGRAM KEMAHIRAN DAN INDUSTRI YANG DIANJURKAN OLEH KERAJAAN. ITU TAK CAMPUR LAGI MASALAH SILIBUS DI IPT DGN SILIBUS LATIHAN INDUSTRI DI PROGRAM KERAJAAN YANG AMAT BERBEZA.. KAMI TERSEPIT....

DIPERINGKAT UNVERSITI
KAMI BERTERIMA KASIH KEPADA UNIVERSITI KERANA MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK KAMI. TAPI MENGAPA SELEPAS KAMI TAMAT PENGAJIAN DI IPT, PIHAK UNIVERSITI BUAT KAMI MCM ORANG ASING. TIADA SOKONGAN, DORONGAN, MALAHAN ASYIK MENUNDING KELEMAHAN KAMI DAN MENDEDAHKAN KEPADA UMUM. KAMI TERSEPIT KERANA ADA SILIBUS YANG KAMI PELAJARI TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN INDUSTRI. BANTULAH KAMI. NIE TIDAK. BILA MEMERLUKAN KAMI (PROGRAM ALUMNI DAN DSB) BARU NAK PUJI MELAMBUNG2.

DIPERINGKAT PENSYARAH
TERIMA KASIH KEPADA PENSYARAH YANG MENDIDIK KAMI SEHINGGA TAMAT PENGAJIAN. KAMI TIDAK MEMPERTIKAIKAN SUMBANGAN KALIAN TETAPI ADA SILIBUS-SILIBUS AKADEMIK YANG DIAJAR OLEH KALIAN TIDAK KAMI FAHAMI DENGAN SEBAIKNYA. SEBALIKNYA KAMI HANYA DISURUH MEMBUAT 'ASSIGNMENT' YANG BERLEBIHAN, MENGHADIRI KELAS SEMATA-MATA NAK CUKUPKAN KREDIT PENSYARAH (DIADAKAN KELAS MASA MUSIM PEPERIKSAAN) DAN HANYA SURUH KAMI MENCARI MAKLUMAT DAN JURNAL DI INTERNET TETAPI TAK TERANGKAN KEPADA KAMI KEPERLUANNYA. BILA KAMI IKUTI 'LATIHAN INDUSTRI', SEGALANYA DISERAHKAN BULAT2 KEPADA KAMI. SEDANGKAN KAMI MEMERLUKAN TUNJUK AJAR DAN DORONGAN KERANA KECETEKAN PENGALAMAN KAMI. ADA PULA PENYARAH YANG TERAMATLAH TEORI. MANA TAKNYA, ADA DIKALANGAN PENSYARAH YANG BARU LEPAS TAMAT PENGAJIAN MASTER DAN TIDAK ADA PENGALAMAN INDUSTRI. TETAPAI NAK AJAR KAMI TENTANG SILIBUS YANG KAIT MENGAIT DENGAN INDUSTRI. BILA PASARAN KERJA MENOLAK KAMI, SEMUANYA DITUNDINGKAN KELEMAHAN PADA KAMI DENGAN ALASAN YANG SAMA IAITU 'ATTITUDE...ATTITUDE..ATTITUDE"

DI PERINGKAT PASARAN PEKERJAAAN
BILA KAMI PINTA DIBERI PELUANG, KAMI DIBERIKAN 1001 ALASAN KONONNYA SILIBUS UNIVERSITI KAMI TIDAK MEMENUHI PASARAN PEKERJAAN, PENGALAMAN DIUTAMAKAN DAN PELBAGAI ALASAN LAIN. KALAU TAK BERI KAMI PELUANG MENCUBA BAGAIMANA NAK MENILAI KEBOLEHAN KAMI.. KALAU TAK DIBERI PELUANG BEKERJA BAGAIMANA KAMI NAK DAPATKAN PENGALAMAN.

SISWAZAH MENGANGGUR... SALAH SIAPA!!!

MASING-MASING MEMBERI ALASAN TERSENDIRI. WALAUPUN ISU INI BERBENTUK SUBJEKTIF, DIHARAPKAN ADA PIHAK-PIHAK YANG BERWAJIB UNTUK MENGENENGAHKAN PERMASALAHAN INI AGAR JALAN PENYELESAIAN DAPAT DIRUNGKAIKAN.

FIKIR-FIKIRKANLAH
WASALAM
SAYONARA... 

No comments:

Post a Comment